26 July 2008

TEORI DORONGAN -MASLOW.

Mengikut Teori Maslow manusia mempunyai 5 hirarki keperluannya yang mendorong ia berperilaku......

1.Fisiologi
2.Keselamatan
3.Kasih sayang
4.Penghormatan
5.Pencapaian hasrat diri

Selamat berkongsi maklumat.........
Sekian terima kasih.....

DEFINISI MOTIVASI.........

MOTIVE / ACTION

.Motive = Sebab melakukan sesuatu untuk dicapai sesuatu matlamat.
.Action = Perlakuan / Kelakuan

Definisi Motivasi

Ialah satu proses yang menggerakkan ,yang menyebabkan ,menyalurkan dan mengukuhkan manusia kepada sesuatu kelakuan.


Sekian terima kasih.....
Selamat berkongsi maklumat.......

Apa itu Methodology....

Methodology berasal daripada perkataan Yunani ,iaitu gabungan antara metodos dan logos kemudian diinggeriskan menjadi methodology.

Metodos ertinya pengajaran ilmu
Logos ertinya sains

Akhirnya menjadi istilah Methodology membawa erti sebagai sains pengajaran ilmu..

Selamat berkongsi maklumat........

DEFINISI ILMU..

APA MAKSUD ILMU....


Menurut Confucius ilmu ialah "Apabila kamu mengetahui sesuatu ,meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan yang kamu tidak tahu(membawa kepada kebenaran dan keyakinan)"

Menurut Plato ilmu ialah "suatu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan"

Menurut Imam Ghazali ilmu ialah"suatu kepastian yang demonstratif"Dan ilmu perlu dicapai melalui pengalaman langsung.

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas ilmu ialah"suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia"

WIRID SELEPAS SOLAT....

Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya"Sesungguhnya berzikir dengan mengeluarkan suara selepas solat fardhu adalah dilakukan di zaman nabi s.a.w. Dan berkata lagi Ibnu Abbas "Aku tahu orang - orang sudah selesai solat apabila ku dengar begitu".......

Sahih Bukhari.....

Pengajaran:

Kepada pembaca yang budiman wirid adalah sunnah rasulullah s.a.w,jadi suburkan ia.

CONTOHI BAGINDA...

Abu Said Al Khudri r.a bercerita:"Awan gelap datang dan hujan turun sehingga atap yang terbuat dari pelepah tamar itu jadi bocor,kemudian solat didirikan maka aku melihat rasulullah sujud di air dan tanah ,sehingga aku melihat kesan - kesan tanah melekat di kening beliau"


Sahih Bukhari....

Pengajaran:

Kem Bestari Solat boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun selagi kawasan kita solat itu bersih dan suci dari najis.Tidak semestinya menanti masjid yang tersergam indah dan surau yang cantik ..Hendak seribu daya ,tak hendak macam - macam la kan.....

22 July 2008

PERTUKARAN 2009............

MAKLUMAN PENTING..........


Permohonan pertukaran untuk tahun 2009 butiran seperti berikut:

Tarikh permohonan : Sekarang sehingga 15.8.2008
Kelayakan : Guru - guru yang sudah tamat kursus 18 bulan
Syarat : Suka sama suka
Opsyen dan Kohot mesti sama
Kaedah permohonan : Melalui Guru besar ,Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri.
Surat permohonan : Sila ikut format yang telah diberi dalam blog ini.


Perhatian : Permohonan yang tidak menepati kaedah di atas dan terlepas tarikh permohonan tidak dapat di proses.







Sekian terima kasih.........

KELEBIHAN BEKERJA..

Dari Abu Mas'ud r.a katanya Nabi s.a.w bersabda"Apabila seseorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas,maka nafkah(pahala) itu sama dengan (pahala) sedekah"


Sahih Bukhari.........

20 July 2008

Apa itu BIG??????????????????.........

Pengenalan

Bacaan ikut guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra' dan murid yang membaca al quran di bawah sukatan sebenar.

Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut yang telah ditetapkan.

Kaedah Pelaksanaan

Tahun 1(6 bulan kedua pada waktu P&P al quran dan Tasmik)
Tahun 2-6(sepanjang tahun pada waktu P&P al quran dan tasmik)
Guru membaca ayat -ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus - putus tanpa mencacatkan makna.
Murid mengikut bacaan guru secara beramai - ramai di dalam kumpulan ,sambil memerhati pergerakan bibir guru.
membaca sehingga satu muka surat al quran
BIG dilaksanakan pada awal P&P al quran di antara 10-15 minit sahaja(Selepas itu P&P l quran diteruskan dengan membaca Iqra' bagi murid yang belum menguasai bacaan atau membaca al quran di tahap sebenar/bacaan di rumah)melatih tubi bacaan sebenar.
BIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.





Selamat berkongsi maklumat.......................

TINGKATAN BACAAN AL-QURAN.......................................


Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al -Quran :


1-Tahqiq


Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya,menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.


2-At - Tartil

Bacaannya lambat - lambat,tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum - hukum bacaan tajwid dengan sempurna,merenung maknanya,hukum dan pengajaran daripada ayat.

3-At-Tadwir

Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar,serta memilahara hukum- hukum tajwid.

4-Al-Hadar

Bacaan yang cepat serta memelihara hukum - hukum bacaan tajwid.Kebiasaanya diamalkan oleh para hafiz Al-Quran.





Sekian terima kasih ........................

PROSES P&P CEMERLANG........

-RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGANDUNGI ITEM - ITEM YANG TEPAT(RUJUK TAJUK YANG LALU)
-PENGENALAN PELAJARAN(SET INDUKSI) MENJURUS KE ARAH KESEDIAAN MINDA MURID SEPERTI DIKAITKAN DENGAN PELAJARAN YANG LALU,PERKARA SEDANG BERLAKU,PENGALAMAN MURID ATAU KAJIAN MASA DEPAN
-ISI PENGAJARAN BERTEPATAN DENGAN HASIL PEMBELAJARAN DAN KESESUAIAN DENGAN TAHAP PEMIKIRAN MURID
-PENYAMPAIAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI,CONTOH ANOLOGI/SITUASI YANG SESUAI,PERKEMBANGAN PENGAJARAN MENGAMALKAN PENDEKATAN ANSUR MAJU,MEMBERI ARAHAN YANG JELAS SEBELUM AKTIVITI DIMULAKAN DAN MEMBUAT RUMUSAN/KESIMPULAN
-P&P MELIBATKAN SEMUA MURID SECARA AKTIF DAN BERLAKU INTERAKSI SESAMA MURID DAN GURU
-P&P MENGIKUT PERUNTUKAN MASA YANG DITENTUKAN
-P&P MENGGUNAKAN KAEDAH YANG BERSESUAIAN
-AMALKAN BUDAYA PUJIAN DAN MEMBERI MOTIVASI BERSESUIAN DENGAN PENCAPAIAN MURID
-P&P DIAKHIRI DENGAN MEMBUAT PENUTUPAN KOGNITIF ATAU PENUTUPAN SOSIAL
-GURU MEMPAMERKAN PERSONALITI YANG BAIK DARI ASPEK BERPAKAIAN ,TINGKAH LAKU DAN BERKOMUNIKASI
-PENILAIAN SEMASA P&P DIBUAT SECARA LISAN,BERTULIS DAN PEMERHATIAN
-BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) YANG DIGUNAKAN BERSESUAIAN DAN BERKESAN


Sila rasa resipi ini dalam hidangan pengajaran anda,pasti mentua(pegawai pemantau)anda senyum lebar dan berpuas hati.................selamat mencuba...............

KELEBIHAN BERWUDUK...........

Rasulullah s.a.w bersabda"Sesungguhnya umatku dipanggil di hari kiamat nanti dengan "ghurran muhajjalin"kerana kesan dari wuduknya(bercahaya anggota wuduk).Barang siapa ingin memanjangkan ghurrannya,maka lakukanlah "

Sahih Bukhari..............

Terapkan hadis ini kepada anak didik kita terutama semasa Kem Bestari Solat,semoga akan wujud generasi yang basah dengan kesan - kesan air wuduk............

PESANAN BAGINDA............

Dari Abu Hurairah r.a katanya ada orang bertanya kepada rasulullah s.a.w "Siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaat tuan di hari kiamat?Jawab baginda"Saya rasa belum ada orang bertanya perkara ini kepada ku sebelum ini.Oleh kerana saya melihat kesungguhan engkau mendapatkan hadis"orang yang paling bahagia mendapat syafaatku hari kiamat ialah orang yang mengucapkan Laa ilaha illallaah,benar - benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwa"

Sahih Bukhari............

YANG PERLU ADA DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR..........

1.MAKLUMAT DIRI GURU
2.TAKWIM SEKOLAH
3.JADUAL WAKTU GURU
4.SENARAI BUKU TEKS
5.SENARAI BUKU RUJUKAN
6.SUKATAN PELAJARAN
7.RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN
8.RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
-TAJUK
-HASIL PEMBELAJARAN
-STRATEGI
-AKTIVITI
-NILAI MURNI
-BAHAN BANTU MENGAJAR
-IMPAK PENGAJARAN
9.SOALAN - SOALAN UJIAN
10.PRESTASI AKADEMIK MURID

Sila mencuba resepi ini pasti anda akan berjaya menjadi guru harapan bangsa...............
Jangan berasa letih......kerana pepatah arab ada mengatakan "sesungguhnya kehidupan itu memang kena letih".........
Letih seorang berkerjaya adalah mulia.........
Letih orang yang tiada kerja??????............
Sekian terima kasih.............

INSTRUMEN YANG PERLU ADA..........

-PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
-CARTA ORGANISASI
-SENARAI TUGAS GURU - GURU j-QAF
-PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM j-QAF
-MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
-USAHA BERKUMPULAN ANTARA GURU - GURU PENDIDIKAN ISLAM/j-QAF
-PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PROGRAM j-QAF
-SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI
-SUKATAN PELAJARAN KHATAM AL -QURAN
-SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
-SURAU DAN KEMUDAHAN
-BILIK KHAS j-QAF
-BUKU PANDUAN PELAKSANAAN MODEL - MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KOKURIKULUM BAGI SETIAP TAHUN YANG TELAH DIBEKALKAN
-BUKU PANDUAN DASAR,PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM
-BUKU PANDUAN PELAKSANAAN DAN RANCANGAN TAHUNAN
-BUKU PANDUAN GURU BAHASA ARAB
-FAIL SURAT - MENYURAT PROGRAM j-QAF
-FAIL MINIT MESYUARAT
-FAIL SURAT - SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI PROGRAM j-QAF
-FAIL KERTAS KERJA/CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI
-FAIL PENILAIAN DAN PEMULIHAN JAWI
-FAIL ANALISA PENCAPAIAN AL-QURAN-MODEL 6 BULAN
-FAIL ANALISA PENCAPAIAN AL-QURAN MODEL TASMIK
-FAIL ANALISA PENILAIAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
-FAIL SENARAI SEMAK PENCAPAIAN PESERTA KBS
-BUKU STOK BAHAN PENGAJARAN /PERLATAN DAN BUKU REKOD PENGGUNAANYA
-BAHAN - BAHAN PENGAJARAN
.PERMAINAN BELON
.PERMAINAN PANCING IKAN
.KAD HURUF/KERETAPI
.RUMAH MERPATI
.PERMAINAN SENAWI
.PERMAINAN TENTENG
.TOL ILMU
.POKOK BESTARI
.MINDA CERIA
.BUKU IQRA 1-6
.AL-QURAN
.BUKU REKOD BACAAN MURID
.KAD IMBASAN BAHASA ARAB
.CARTA SOLAT
.CARTA WUDUK
.CARTA AYAT PENDEK
.CD INTERAKTIF DAN NASYID TAHUN1

Kepada Guru - guru Pendidikan Islam Program j-QAF di sini saya menyenaraikan perkara - perkara yang perlu ada di sekolah tuan - tuan dan puan - puan .Semoga dapat membantu dan memudahkan dalam memperkasakan program j-QAF di negeri Kedah yang tercinta ini.

Salam kasih dari saya...........................

-

MAKLUMAN PENTING

Askm............Guru - guru j-QAF kohot 2007..........



Surat Akuan Penerimaan Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Siswazah sila hantar ke Unit Perkhidmatan bersertakan kew 8 sekali.Hantarkan ke SPPIM satu salinan surat akuan dan
kew 8.
Guru - guru yang telah hantar surat akuan tanpa kew 8 sila lakukan seperti yang dimaklumkan.Surat Akuan tersebut mesti mendapat pengesahan guru besar sekolah anda.Tindakan segera dari guru - guru sekelian amat dialu - alukan demi memastikan kebajikan tuan - tuan dan puan - puan terpelihara.

Sebarang pertanyaan sila hubungi SPPIM .

Keperihatinan guru - guru sekelian diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

FORUM PERDANA

Sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman:

-Masjid Zahir ,Alor Star
-Khamis
-24 Julai 2008
Jam 6.30 Petang

MESYUARAT PEMANTAPAN

Askm.........

Pegawai dan JU yang berkenaan.......

Butiran mesyuarat seperti berikut:
-22.7.2008
-Tempat PKG Sungai Limau

Sekian terima kasih

09 July 2008

MAKLUMAT

Askm...........................

Guru - guru yang ingin bertanya mengenai program j-QAF sila layari email saya:


musa_jayyid@yahoo.com


T.kasih

07 July 2008

MAKLUMAT PENTING

Askm.............

Guru - guru yang dikasihi............

Mengenai pertukaran :

Pertukaran guru j-QAF menggunakan kaedah:

suka sama suka
kohort sama
opsyen sama
Sudah tamat kursus perguruan(18 bulan)
membuat permohonan kedua belah pihak
persetujuan ahli mesyuarat pertukaran

adalah ketetapan yang diguna pakai buat masa ini.Oleh itu mana - mana guru yang ingin bertukar mesti mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan itu.Pegawai di peringkat negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda syarat - syarat tersebut kerana di luar bidang kuasa pegawai tersebut.Pegawai juga tertakluk dengan kepatuhan arahan dari pihak tertentu.Sebarang maklumat yang baru mengenai pertukaran dan lain -lain akan dimaklumkan kepada guru -guru dari semasa ke semasa.Adalah menjadi slogan kami para pegawai mesra dengan pelanggan namun kami juga tertakluk dengan peraturan dan arahan tertentu.Sehubungan itu saya selaku pegawai di peringkat negeri ingin memaklumkan kepada guru - guru yang dikasihi akan cuba membantu sekadar yang termampu dan mohon maaf kiranya tidak dapat menunaikan hajat tuan - tuan dan puan - puan kerana di luar bidang kuasa saya.Saya memohon agar tuan - tuan dan puan - puan janganlah meminta sesuatu yang di luar bidang kuasa saya.Sekian terima kasih.Selamat berjuang demi anak - anak didik kita.


Salam mesra dari.........

Us Musa Jayyid bin Mohamad

j-QAF

j
jadilah hamba Allah yang bersyukur
jadilah guru yang berdedikasi dan dikasihi
jadilah insan yang memberi jasa kepada orang lain
jadilah kebanggaan keluarga ,bangsa dan negara.

Q
qualiti teras kepuasan dalam tugas kita
qudwah hasanah tunjang buat anak didik kita
qudrat kurniaan ilahi paksi amalan mulia

A
akhlak mulia teras kebahagiaan kita
ajarilah murid -murid penuh kasih sayang dan mesra
alam semesta dalil agung maha suci pencipta


F
fasihkanlah lisan dengan bahasa nabi kita
fahamilah ayat -ayat al-quran dengan tafakur serta tadabur
fantasilah sesuatu yang mendatangkan pahala bukannya dosa
firman Allah sentiasa basah di lidah dan segar di dada




nukilan;

Abu jayyid........

Format Surat Permohonan pertukaran

Askm.....................

Buat guru - guru j-QAF yang dikasihi..........

Butir - butir yang perlu ada dalam surat permohonan tersebut.Sila tulis ikut susunan berikut.

Tulis surat permohonan seperti biasa dan masukkan maklumat berikut mengikut susunan dengan lengkap.

NAMA PEMOHON
NO KAD PENGENALAN
KOD SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
TEL SEKOLAH/FAKS
ALAMAT SEKOLAH
POSKOD
BANDAR
DAERAH NEGERI
OPSYEN
KOHORT
TEL SENDIRI/HP
ALAMAT RUMAH
SEBAB PERTUKARAN


Sila lampirkan juga maklumat seperti diatas pasangan yang suka sama suka untuk bertukar dengan kita.

cth:



Maklumat guru yang bercadang untuk tukar suka sama suka dengan saya:


NAMA
NO KAD PENGENALAN
KOD SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
TEL SEKOLAH/FAKS
ALAMAT SEKOLAH
POSKOD
BANDAR
DAERAH
NEGERI
OPSYEN
KOHORT
TEL SENDIRI/HP
ALAMAT RUMAH
SEBAB

Malumat penting:

Kedua - dua belah pihak mesti mengemukakan surat permohonan yang lengkap.surat yang dikemukakkan oleh sebelah pihak sahaja akan tertolak.

Syarat - syarat permohonan;

ada suka sama suka
opsyen sama
kohort sama
tamat menjalani latihan perguruan
guru yang masih dalam latihan perguruan (18 bulan kebawah) tidak akan diproses.

PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA

Askm.............

Guru - guru yang dikasihi ..................

Guru yang berminat untuk bertukar pada tahun 2009 sila ikut langkah berikut:

tarikh permohonan : dari bulan Julai hingga 15.8.2008
Surat permohonan: sila hubungi saya di SPPIM JPN atau talian 0175555083 untuk mendapatkan format surat pertukaran.Borang pertukaran khas untuk guru j-QAF buat masa ini belum ada lagi kerana guru - guru j-QAF sebenarnya belum cukup tempoh untuk bertukar seperti dalam perjanjian.
syarat : suka sama suka
opsyen dan kohort mesti sama
kedua - dua belah pihak membuat permohonan dan persetujuan.

Jawapan kebenaran pertukaran tertakluk kepada keputusan mesyuarat khas.

Sekian terima kasih




Saya yang menurut perintah,




Musa Jayyid bin Mohamad

KEM BESTARI SOLAT

Askm................
Guru - guru yang dikasihi kbs berjalan seperti biasa .Cara pelaksanaannya boleh rujuk buku panduan tahun 1 muka surat 260 -280 .Mengenai peruntukan kbs akan turun cuma tarikh tepatnya belum diketahui.Selamat berkhidmat untuk agama allah swt.

Terima kasih.

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum warahmatullah,

BLOG USTAZ MUSA JAYYID adalah sebuah medium interaktif yang diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pelayar.

Sekian,

Musa.