23 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...............













Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri yang mulia kepada semua yang mengenali dan berkunjung ke blog ini...Sekiranya ada tersilap bicara mohon ampun dan maaf amat didamba...
Jemputlah semua ke rumah kami............
Tapi kalau nak pergi ada dua syarat:
yang pertama kena bawa kuih raya
yang kedua kena bagi duit raya dekat tuan rumah
Maaf no gurau aja dari kami sekeluarga..........
Dari kami sekeluarga:
Musa Jayyid bin Mohamad
Norasyikin binti Said
Aufa amani
Asma Amani
Aqiil Jayyid

Makan ketupat di waktu pagi...
Bakar lemang di tepi perigi...
Baju raya beli dak lagi....
Raya tinggai beberapa hari ja lagi....

Hari raya hampir tiba...
Sanak saudara pulang ke desa...
Kalau ada tersalah bicara..
Harap maaf kami sekeluarga...




21 September 2008

KONTIJEN KEDAH KE MKQ PERINGKAT KEBANGSAAN..
























Pada 15 ,16, 17 September 2008 saya , pegawai khas jQAF,guru pengiring dan pelajar - pelajar daerah Padang Terap telah menghadiri Majlis Khatam al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.
Tahniah dan syabas kepada ustaz Nadhari pegawai khas j-QAF PTP dan guru pengiring ustaz Zabidi dan Ustazah Fauziah di atas pengorbanan mereka membawa kontijen Kedah ke majlis tersebut.Mereka menjaga pelajar - pelajar tersebut bagaikan anak sendiri.Sempat juga kami bawa bershoping ke pusat membeli belah untuk menghiburkan pelajar - pelajar tersebut.
Mereka gembira sampai tak mahu pulang sehingga saya terpaksa pujuk selepas raya nanti saya akan bawa lagi dan suruh mereka kumpulkan duit raya dulu.Harap - harap lepas raya nanti selepas makan ketupat dan lemang mereka melupakan hasrat itu.















MESYUARAT KEM BINA JUARA DAN MKQ ...........













Pada 22.9.2008 hari isnin bersamaan 22 Ramadhan mesyuarat kem bina juara dan MKQ peringkat negeri diadakan di PKG Sungai Limau.Terima kasih kepada pegawai - pegawai khas j-QAF dan semua Juru latih yang bertungkus lumus menyiapkan bahan.


KEBESARAN ALLAH S.W.T.................


Gambar pisang yang luar biasa.Allah menciptanya untuk manusia berfikir dan mengkaji kebesarannya.

20 September 2008

TAKZIAH BUAT USTAZ AZIZI............

Al Fatihah .........................
Tanggal 20 hb bersamaan 20 ramadhan hari sabtu mak mentua ustaz Azizi telah kembali ke rahmatullah..........Semoga ruhnya ditempatkan di sisi orang - orang soleh amin............Marilah kita menghadiahkan pahala bacaan surah al fatihah kepada almarhumah............

18 September 2008

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

14 September 2008

MOTIVASI........

Menurut ahli psikologi motivasi mengandungi proses - proses internal yang meransang kita untuk memenuhi keperlua kita.Ia merupakan proses dalaman yang mengaktifkan,memandu dan mengekalkan tingkah laku untuk tempoh masa tertentu.
Motivasi terbahagi kepada dua:
A-Motivasi Intrinsik:
Merupakan dorongan dalaman atau hasil usaha daripada kehendak sendiri.Contoh seseorang itu membuat sesuatu tanpa paksaan tapi dengan rela dan minat.
B-Motivasi Ekstrinsik:
Merupakan dorongan luaran.Contohnya seseorang itu melakukan sesuatu untuk mendapat pujian ,hadiah,ganjaran dan lain-lain lagi
Sekian terima kasih..........

13 September 2008

PERASAN ATAU TIDAK............FIKIR - FIKIRKAN....

JENIS - JENIS PERBUALAN DENGAN KAWAN............
.Orang berfikiran BESAR memperkatakan mengenai ilmu......
.Orang berfikiran SEDERHANA memperkatakan mengenai peristiwa yang berlaku....
.Orang berfikiran RENDAH memperkatakan mengenai orang lain.....
.Orang berfikiran CETEK memperkatakan mengenai diri sendiri kepada orang lain..

Sila gunakan penimbang ini untuk tentukan kita masuk kategori mana........
Terima kasih............

Harap maaf kata-kata ini tidak menjuruskan kepada mana - mana individu,masyarakat dan lain-lain lagi samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia...Ianya sekadar kongsi maklumat...........

APA ITU TONGGAK 12................

-MENGHARGAI MASA
-KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
-KESERONOKAN BEKERJA
-KEMULIAAN KESEDERHANAAN
-KETINGGIAN PERIBADI
-KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
-PENGARUH TELADAN
-KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
-KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
-KEUTAMAAN KEMAHIRAN
-PENINGKATAN BAKAT
-NIKMAT MENCIPTA

Sekian terima kasih.............

CUTI - CUTI YANG ANDA PERLU TAHU..............

*CUTI REHAT
*CUTI SEPARUH GAJI
*CUTI TANPA GAJI
*CUTI SAKIT
*CUTI SAKIT LANJUTAN
*CUTI PEMULIHAN/QUARANTINE
*CUTI BERSALIN
*CUTI KECEDERAAN
*CUTI PENYAKIT TIBI,KUSTA DAN BARAH
*CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI MENGIKUT PASANGAN
*CUTI IKUT PASANGAN
*CUTI HAJI
*CUTI KERANA BERKURSUS
*CUTI AKADEMIK MENGHAPUS CUTI REHAT
*CUTI TIDAK BEREKOD
*CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA
*CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN/PASUKAN
*CUTI MENGIKUT LATIHAN


Sekian selamat berkongsi maklumat.....................

AJAL TIDAK DIKETAHUI.....................







Pesanan Baginda.........
Dari Abdullah bin Amru r.a Nabi s.a.w bersabda"Kolamku panjangnya sebulan perjalanan .Airnya lebih putih dari susu,baunya lebih harum dari kasturi dan gelasnya sebanyak bintang di langit.Siapa yang minum,nescaya tidak akan dahaga untuk selamanya,"
Sahih Bukhari....................
Sidang pengunjung yang dikasihi mari kita ambil iktibar dari paparan gambar ini....
bersediakah kita untuk mengadap Ilahi................
Ajal maut hanya Allah sahaja yang tahu...........
Yang penting siapkan bekalan kita.........
Di bumi mana ,bilakah masa,bagaimana, persoalan yang manusia tidak terjangkau untuk menjawabnya.......................
Sekian terima kasih............













09 September 2008

ADAKAH ANDA TELAH MENJADI AHLI??




Kepada guru - guru yang dikasihi yang masih belum mendaftar sebagai ahli kesatuan sila daftar segera.Banyak faedah dan kelebihan menjadi ahli kesatuan.Ramai kawan - kawan telah menikmati manfaat dari kesatuan yang sentiasa membela hak kita.Kenapa kita masih berfikir dan terus berfikir .

Selamat menjadi ahli kesatuan.................


BEKERJA ITU IBADAT..............


Saya ucapkan kepada semua guru j-QAF selamat bertugas dan tingkatkan daya inovatif sempena bulan yang mulia ini.............Pastikan j-QAF terus gemilang......................Pulun jangan tak pulun.............

MEMANTAU TEMPAT KURSUS..............






















TARIKH:9.9.2008
HARI:SELASA

Saya dan Tuan Haji Rushdan serta Tuan Haji Nadhari bin Mahmud pergi ke Kuala Nerang meninjau tempat yang sesuai untuk diadakan kursus kepada guru - guru.

Terima kasih kepada mereka walaupun sedang berpuasa namun berkorban demi memastikan guru - guru dapat pendedahan yang sempurna..........









TAKLIMAT KONTINJEN KEDAH.............

Yang Berbahagia Tuan Haji Rushdan bin Azizan sedang memberi taklimat kepada guru pengiring dan pelajar - pelajar negeri Kedah yang akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran peringkat kebangsaan...........

Terima kasih kepada ustaz Zabidi dan ustazah Fauziah selaku guru pengiring..............jaga elok - elok no anak orang.........Kalau buas bagi coklet jangan pulas telinga,tercabut telinga jenuh,telinga palsu mahai sebab minyak naik,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



Ustaz Ikhwan dan guru - guru yang menjadi JuruLetih pelajar - pelajar,terima kasih dan syabas.........




Inilah srikandi kita yang akan bersilat di Pulau Pinang nanti.Semoga berjaya dengan cemerlang..Tadi Maha Guru Rushdan dah jampi dah.............



06 September 2008

BUAT USTAZ NADHARI BIN MAHMUD.............

SEMOGA USTAZ BERSABAR DENGAN KETENTUAN ILAHI..................
UJIANNYA ITU UNTUK HAMBANYA YANG DIKASIHI.............
KAMI DI SINI AMAT BERSIMPATI............
TERHADAP KEJADIAN YANG MENIMPA US NADHARI...........
DI SEBALIKNYA ADA HIKMAT YANG TERSEMBUNYI..............
KIRANYA PERLU PERTOLONGAN SILA HUBUNGI............
DEMI PERSAHABATAN LAUTAN API KAMI REDAHI..............
DEMI PERSAHABATAN GUNUNG TINGGI KAMI DAKI..............


SALAM SIMPATI DARI KAMI...............

Pegawai - pegawai dari SPPIM
Pegawai - pegawai dari UPIM

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PELAJARAN NEGERI..











HARI : AHAD
TARIKH : 7.9.2008
JAM : 8:00 - 9:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL - FARABI
Tanggal tarikh keramat ini Jabatan Pelajaran Negeri mengadakan perhimpunan bulanan untuk memaklumkan kepada kakitangan JPN maklumat - maklumat penting ,peristiwa yang telah berlaku dan tindakan yang perlu dilaksanakan pada bulan berikut.
Tahniah! kepada yang menerima anugerah pada hari ini.
Selamat datang kepada pegawai - pegawai baru yang mula berkhidmat di JPN.Semoga kehadiran Tuan /Puan dapat menjulang nama baik JPN Kedah.