20 May 2009

PENGUMUMAN.........................

MESYUARAT PELAKSANAAN KURSUS P&P AL-QURAN KEPADA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH



Tarikh : 26.5.2009
Masa : 2:30
Tempat : Bilik Mesyuarat “Mawar”
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Jalan Stadium,Alor Star Kedah.
Bahan : Sila bawa bersama lap top dan bahan
berkaitan P&P Al-Quran.
Nama Ahli Mesyuarat Kursus P&P Al-Quran Sekolah Rendah

1
En Abdul Malik bin Isa
SK Kelibang,Langkawi
2
En Akmal bin Ahmad
SK Seri Muda,K.Pasu
3
En Amir bin Mohd Nason
SK Tunku Ismail,KMY
4
En Sharunniza bin Md Tajuddin
SK Seri Perdana,K.S
5
En Mohd Hafiz bin Abdul Hamid
SK Taman Uda,K.S
6
En Mohd Nazri bin Hashim
SK Siputeh K.Pasu
7
En Ashraf bin Abd Ghani
SK Bukit Choras KMY
8
Pn Naskah binti Abu Bakar
SK Tawar, B/S
9
Pn Awatif binti Yahaya
SK Hj Mohd Shariff K.S
10
Siti Munirah binti Mansor
SK Sri Limau KBB
Sekian terima kasih.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

19 May 2009

Askm....................cucu semua.....

Apa habaq? semoga cucu wan semua semoga siht sejahtera.Wan sentiasa doakan agar kita semua dalam keadaan sejahtera selalu.Baru ni wan celoteh sikit mengenai hasil pemantauan tu kan,bukan apa untuk kita kongsi maklumat dan kita pakat - pakat buat penambahbaikan demi anak - anak didik kita.Cuba kita renung seketika,tuan - tuan guru dan ulama zaman silam menyebarkan risalah Islam bukannya ada gaji pun kan kan kan ..Tapi Subhanallah mereka pula mempertaruhkan harta,masa ,nyawa mereka untuk menyebarkan agama yang suci ini.Tu kita tak singkap lipatan sirah Rasulullah dan para sahabat lagi no.Bila terkenang catatan sejarah perjuangan mereka terasa diri kita kerdil dan jauh dengan mereka kan kan kan.Emm susah -susah perjuangan kita kat sekolah pun still boleh naik kenderaan besar,makan maintain sedap,tidoq tok sah kira lah separuh umoq kalau kira habih dengan tidoq jerr he he he !maaf tok wan gurau aja no,jangan dok berasa pulak kan kan kan tapi nak terasa pun sekali sekala apa salahnya no .Bye bye askmmm.....
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

17 May 2009

EMMMM....wan nak celoteh sikit,jangan ambik hati no.

Dapatan Pemantauan
Masalah
Kesan
-Kelewatan guru memasuki ke kelas .Diantara alasan yang sering diberikan murid mengambil wudhuk dll.
-P&P mula lewat dan guru mengajar dalam keadaan tergesa.Masa untuk mengajar tidak mencukupi.
-P&P dimulakan tanpa set induksi
-P&P dimulakan tanpa murid – murid bersedia belajar.
-Kurang membuat persediaan untuk mengajar
-P&P berjalan tidak teratur
-Tidak bersepakat dengan guru gandingan cth: dalam satu masa tetapi dalam buku ringkasan catatan mingguan berbeza,tajuk berbeza,ayat Al-Quran berbeza dll
-P&P berjalan tidak mengikut apa yang terdapat dalam rancangan tahunan yang dibekalkan oleh kementeian.
-Kurang aktiviti dalam P&P
-P&P kurang menarik dan berkesan
-Kurang guna ABM dan BBM samada yang dibekalkan oleh kemeterian atau yang dibuat sendiri
-P&P berjalan dengan menggunakan ABM sedia ada seperti kapur dan papan hitam sahaja. P&P kurang menarik dan berkesan
-Tidak menggunakan kemudahan ICT atau elektronik.Cth Al- Quran flash ,tayangan video ,cd dll
-P&P kurang menarik dan berkesan.Tidak dapat membantu kefahaman pelajar.
-Mengajar tanpa mengikut panduan mengajar yang betul.Cth pelaksanaan BIG,model khatam al-Quran dan tasmek.
-Objektif P&P tidak tercapai.Pengajaran tidak berkesan .
-Mengajar tiga bahagian dalam satu masa.Cth:Bahagian aqidah,ibadat dan adab.
-P&P berjalan dalam keadaan kelam kabut dan pelajar – pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran guru tersebut.
-Tidak merekod bacaan murid
-Guru tidak mengetahui tahap bacaan murid dan sukar untuk mebuat tindakan selanjutnya
-Catatan refleksi jarang ditulis.Terdapat guru yang menangguh untuk menulis refleksi sehingga dua minggu berikutnya.
-Kebanyakan guru menulis refleksi dengan menggunakan ayat yang sama .Refleksi yang ditulis bukan perkara sebenar.
-Catatan refleksi ditulis sebelum mengajar
-Maklumat yang dicatat tidak benar dan sukar bagi guru tersebut untuk membuat peneguhan atau penambahbaikan.
-Kurang faham kaedah pengajaran kolaboratif .Cth seorang mengajar dan seorang guru lagi tidak berperanan.
-Guru – guru kurang memberi kerjasama ketika mengajar dan melakukan tindakan yang sepatutnya.Cth mengeluarkan ABM,BBM ,handout ,tayangan CD atau penggunaan ICT ,membentuk aktiviti dll.
-Tidak mengamalkan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
-P&P masih b P&Perjalan dengan cara lama.Murid – murid kurang dilibatkan dalam aktiviti semasa P&P.
-Kurang memberi latihan kepada pelajar - pelajar
-Pelajar – pelajar kurang diberi latihan untuk mengukur dan mengukuhkan kebolehan mereka.
-Buku latihan dan buku kerja tidak diperiksa
-Guru tidak dapat menilai tahap kebolehan pelajar dan melakukan penambahbaikan kepada mereka.
-Pelajar – pelajar tidak dapat bimbingan yang betul dan sewajarnya
-Memberi tumpuan hanya kepada pelajar di hadapan dan pandai sahaja
-Kebanyakan pelajar di belakang terabai dan mereka melakukan aktiviti sendiri seperti tidur ,bermain,berbual dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar tersebut terasa tersisih dan kurang diberi perhatian.
-Bahagi masa mengajar diantara GPI dan GPI j-QAF(Bergilir)
-Terdapat guru yang tidak masuk bersama dalam kelas ketika P&P yang perlu guru gandingan bersama.
-Objektif pengajaran secara kolaboratif tidak tercapai.
-Guru tidak mahu melibatkan diri dalam tasmek
-Kelas tasmek berjalan dengan suasana tidak terurus.
-Guru yang mengajar dalam kelas tasmek terpaksa menghadapi jumlah murid yang ramai.
-Tidak menerap adab yang betul ketika mengajar Al-Quran .Cth tidak berwudhuk ,pelajar perempuan tidak menutup aurat ,cara pelajar – pelajar membawa al-Quran dll
-Pelajar – pelajar mendapat didikan yang tidak betul dan dibimbangi akan menjadi amalan buruk mereka ketika membaca Al- Quran.
-Guru tidak menggunakan bantuan murid turus
-Tujuan murid turus digunakan untuk membantu guru .Jika murid turus digunakan dapat menjimatkan masa dan dapat mengawal kawalan kelas.
-Seorang guru menjalani tasmek jumlah pelajar yang ramai sekitar 42 0rang tanpa membahagikan kumpulan.
-Tasmek berjalan dengan tidak terurus dan ramai pelajar yang tidak sempat memperdengarkan bacaan mereka kepada guru.
-Guru lambat menghantar maklumat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.Cth markah peperiksaan,headcount,analisis,laporan dan lain –lain lagi.

-Menyukarkan urusan pihak pengurusan sekolah dan mencemar nama baik GPI.
-Di dalam kelas kurang ayat- ayat al-Quran , tulisan jawi ,maklumat mengenai Pendidikan Islam dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar kurang pendedahan maklumat dan info yang berkaitan dengan agama dan aktiviti bercorak agama.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

RUMAH KU SYURGA KU.............Coretan tok wan....


Inilah teratak impian wan.Buat cucu wan semua bila siap esok pakat - pakat mai la jalan ghumah wan ni.Walau pun tak besaq tapi celuih kalau cucu - cucu wan mai.Tapi jangan mai lani,tak siap lagi,tapi kalau nak tolong mat - mat bangla tu bagi siap cepat boleh jugak kan kan kan.....Tolong menolong apa salahnya.kan kan kan.Pakat - pakat doalah semoga wan dapat duduk dengan aman damai.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MESYUARAT KAJIAN IMPAK SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM...


Pada 17.5.2009 jam 2:45 petang satu mesyuarat pelaksanaan kajian impak Sektor Pendidikan Islam yang telah diadakan di bilik mesyuarat "Dahlia".Syabas diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana kerana memberi idea yang bernas dan serius dalam merancang pelaksanaan kajian ini.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Dr Rushdan bin Azizan .Beliau banyak memberi bimbingan dan percambahan idea .Kita doakan semoga kajian impak yang diamanahkan kepada sektor kita akan siap dengan cemerlang.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

05 May 2009

Coretan dari tok wan............

" uhuk uhuk uhuk emm wan nak pesan dekat cucu - cucu wan............ingatlah masa yang berlalu tak kan kembali lagi jadi mailah pakat mengajaq elok - elok ni lah masanya kita nak tabur bakti dan timba pengalaman.Nanti dah pencen baru nak menyesai nak buat apa.Ramai orang kita bila pencen baru nak menyesai sebab masa muda dulu tak pulun kerja elok - elok.Kita kena semangat hidup hanya sekali didunia ni jadi biaq hari - hari yang kita lalui penuh bermakna dan orang lain pun boleh tumpang manfaatnya.Ni ada lagi wan pi mantau dok masuk lewat kelas ,bila wan tanya emm macam la cerita yang keluaq yang paling famous sekali sebab budak - budak berebut nak ambil wudhuk .Kan kita dah tau macm - mcm cara kita boleh buat kalau hari yang ada masalah air diantaranya pelajar bawa botol air masing - masing dak pun guna spray dan macam - macam lagi kan kan kan ................."
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

04 May 2009

Pesanan tok wan...............

"Yang tok wan paling sedih sekali bila wan periksa buku latihan pelajar.Ada yang baru buat sikit aje dn ada yang jarang - jarang periksa buku tersebut.Tapi kepada cucu wan yang ghajin terima kasih banyak - banyak Allah melihat usaha cu itu........................."TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Bila tok wan berbicara.............

Askm................Sejak kebelakangan ini wan dan geng - geng ghajin turun memantau di sekolah - sekolah.Macam - macam maklumat yang wan dapat hasil dari pemantauan tersebut.Syabaslah! dekat cucu - cucu wan yang ghajin mengajaq dan pulun nak bagi anak- anak murid pandai mengaji,pandai sembahyang,tera tulisan jawi,bersopan santun dan lain - lain lagi.Sememangnya itu amanah kita semuakan kan kan...jadi wan seronok bila pi sekolah - sekolah yang pakat tak berkira tenaga untuk mengajaq tasmek dll.Emmm... tapi ada jugak di kalangan cucu - cucu wan dok liat lagi nak tolong tasmek pelajar - pelajar, macm - macam alasan depa bagi,pendapat wan kita tok sah dok bagi alasan la dalam apapa hal pun yang penting kita pakat pikiaq macam mana nak cari penyelesaian...................ok cu nanti kita sembang lagi askm.... uhuk! uhuk! uhuk !batuk pulak....

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.