28 June 2009

SELAMAT DATANG PENILAI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA.....

Ustaz Suhaimi Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Kedah sedang memberi ucapan penerangan mengenai kejayaan yang pernah diraih oleh SMKA Kedah.Pegawai Penilai sedang meniliti dan khusyuk mendengar taklimat sulong itu.
Ustaz Anuar sedang memberi penjelasan mengenai sudut galeri SMKA Kedah dan diiringi oleh beberapa orang guru kanan.

Para tetamu sedang diberi layanan mesra oleh pihak sekolah .Pelbagai cerita dan pengalaman lama menghiasi pertemuan.

Tepat jam 8.45 pagi 29.6.2009 hari isnin kami membawa rombongan yang diketuai oleh ustaz Zaki bin Abd Hamid ke SMKA Kedah untuk membuat penilaian anugerah kualiti yang sedang berjalan di seluruh negara.Esok para penilai akan bertolak ke SMKA Yan untuk menjalani aktiviti yang sama.Semoga para tetamu yang datang dari jauh terhibur dan selesa sepanjang berada di negeri kita.Selamat menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi dan telus.....


Ustaz Zaki bin Abd Hamid ketua Penilai Anugerah Kualiti sedang menjamu selera dengan ahli rombongan .Mereka selamat tiba di lapangan terbang Sultan Abd Halim pada jam 8.55 malam.Saya dan Ustaz Imran diamanahkan untuk menjemput para tetamu dan melayan mereka sepanjang dua hari bermula dari 29.6 hingga 30.6.2009.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Kongsi maklumat...Kelebihan sujud......

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Wahai cucu ku ambillah......Uhuk! Uhuk!Uhuk!...


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan......................

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi............

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.....................

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..................

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.................

Ambillah waktu untuk membaca Al-quran, itu adalah alunan yang menggetarkan hati.............

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidupmu terasa bererti.............

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan....................


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

23 June 2009

KURSUS PENINGKATAN AL-QURAN GPI SEKOLAH RENDAH.....

Pada 22.6.2009 bertempat di PKG Padang Serai Kulim Kursus Peningkatan Al-Quran telah diadakan.Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru - guru Pendidikan Islam sekolah Rendah mengenai pengajaran kaedah iqra` yang betul dan tepat.Diantara pendedahan yang diberikan lagi cara melaksanakan BIG yang betul dan pengajaran Al-Quran di dalam kelas.Pengajaran Kolaboratif dan pembelajaran Koperatif juga diberi fokus utama dalam kursus ini.Para peserta juga dihidangkan dengan tayangan CD contoh pengajaran secara kolaboratif di dalam kelas.Tahniah dan syabas dihadiahkan kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Ustaz Abd Aziz bin Abdullah,Ustaz Abd Mutalib bin Saad,Ustaz Mokhtar bin Mahmud kerana kesungguhan mereka dalam menjayakan kursus yang amat bermakna ini.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam ,JPN Kedah.
Bengkel berkumpulan guru - guru mengambil bahagian dengan aktif dan ceria.Syabas! kepada semua guru yang cuba mempertingkatkan pengalaman dan maklumat yang sedia ada.




Ketua Penolong Pengarah Tuan Haji Faizial bin Ahmad mengikuti kursus dari awal sehingga ke penghujung.Sekalung terima kasih dipersembahkan di atas keperihatinan beliau.Beliau juga tertarik dengan information yang diberikan oleh fasilitator.Memang hebat fasilitator kita kerana sepanjang kursus banyak respon diutarakan oleh para peserta.Ramai para peserta mengambil no hanphone mereka untuk dijemput ke sekolah mereka.Tutur bicara yang merendah diri,susunan bahasa yang sedap didengari menambat hati peserta kursus ini .
Alhamdulillah...............

Wajah ceria para peserta ketika berkursus dan serius mendengar mutiara - mutiara yang diluahkan oleh para fasilitator untuk berkongsi maklumat bak kata pepatah"yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing".......Bukan niat untuk mengajar tapi sebagai berkongsi maklumat...
Tuan Penolong Pengarah sedang memberi ucapan perasmian.Banyak amanat dan harapan yang disampaikan oleh beliau kepada para peserta kursus.Inilah ucapan sulong beliau dan kursus pertama yang dihadiri oleh beliau.Beliau berhasrat untuk mengelilingi semua daerah dan berkenalan lebih dekat lagi dengan guru - guru.


Penyelia Kanan Pendidikan Islam daerah KBB Ustaz Abd Aziz bin Abdullah juga hadir demi menjayakan kursus ini.Beliau memberikan kerjasama yang sangat baik dan memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar.Sekalung Tahniah dan syabas kepada beliau.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.