28 February 2009

BILIK j-QAF....AMBIL YANG JERNIH BUANG YANG KERUH...





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MOTIVASI KESERONOKAN BEKERJA...



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

RENUNGKAN............






TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

23 February 2009

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN KETUA PANITIA P.ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN PENYELARAS j-QAF DI PKG KUALA PEGANG..





Pada 23.2.2009 saya dan Penolong Pengarah Bahasa Arab Us Mohd Khairul Anuar telah menghadiri satu taklimat pengurusan panitia Pendidikan Islam sekolah rendah di PKG Kuala Pegang,Baling.Syabas dan tahniah kepada Us Mohd Yusuf bin Haji Abdullah yang telah berjaya menguruskan perjumpaan itu dengan baik walaupun beliau hanya seorang sahaja yang mengendalikannya.Kami kagum dengan kesungguhan beliau dan komitmen yang diberikan.Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan ceria.Para peserta memberi tumpuan dengan sepenuh hati sehingga ke penghujung majlis.Tahniah! kepada para peserta yang hadir.Hari ini saya dan Us Burhanurdin akan menghadiri taklimat pengurusan panitia di PKG SK Sik dengan ketua - ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Sik.





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

21 February 2009

FIKIR - FIKIRKAN..........




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

17 February 2009

TAKLIMAT KETUA PANITIA P.ISLAM (SR) DAERAH KMY DAN GURU j-QAF 2005



Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang memberi taklimat mengenai pengukuhan Model Khatam Al-Quran kepada guru - guru dan ketua - ketua panitia.




Begitu semangat pegawai khas j-QAF Us Jamaludin sedang memberi ucapan.Para guru amat tertarik dan memberi perhatian penuh terhadap ucapan beliau.Banyak pesanan dan nasihat yang beliau beri demi memantap P&P Pendidikan Islam di sekolah rendah.Syabas kepada Us Jamaludin di atas kesungguhan beliau.


Tanggal 17.2.2009 satu perjumpaan diadakan di antara pegawai - pegawai dari SPI JPNdengan ketua - ketua panitia Pendidikan Islam dan guru - guru GPI program j-QAF kohot 2005 di SK Bakar Arang .Dalam sesi pertemuan ini banyak perkara yang dimaklumkan di antaranya mengenai pengurusan panitia ,tugasan guru dan lain - lain lagi.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

15 February 2009

PEMANTAUAN KE SK TAMAN SERI WANG DAERAH KMY...


Guru - guru sedang diberi taklimat mengenai tindakan selanjutnya selepas dari pemantauan yang lakukan.Guru -guru berazam akan terus memberi komitmen dan meningkatkan lagi proses P&P.

Pegawai j-QAF KMY sedang meneliti buku ringkasan mengajar guru - guru.Turut yang diperhatikan ialah sukatan pelajaran ,huraian sukatan,rancangan tahunan ,rancangan harian dan lain - lain lagi.


Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang melihat pelajar - pelajar dan buku latihan mereka.



Pegawai sedang berbincang dengan pihak pengurusan sekolah mengenai hasil pemantauan pada hari itu.










TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

12 February 2009

PEMANTAUAN KE SK PAYA BESAR DAERAH KULIM..

Pada 12.2.2009 hari Khamis sekitar jam 8:30 pagi kami sempat menjenguk ke SK Paya Besar di daerah Kulim.Ini merupakan salah satu siri pemantuan yang sedang dilakukan oleh kami.Aspek yang diberi penekanan dalam siri pemantauan ialah pengurusan panitia ,proses P&P yang dijalankan ,menyemak data dan rekod - rekod.Para pegawai akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah mengenai pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan pelaksanaan P&P GPI dan GPI program j-QAF di sekolah.
Para pegawai sedang memantau GPI mengajar asas ulum syariah bahagian aqidah.Pegawai - pegawai menyemak buku ringkasan mengajar,sukatan pelajaran ,huraian sukatan,rancangan tahunan dan buku kerja murid.Kami juga menyoal pelajar - pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka.

Pelajar - pelajar sedang belajar Al-Quran di dalam bilik j-QAF.Pegawai - pegawai sedang meneliti cara P&P yang dijalankan samaada menepati seperti di dalam buku panduan atau sebaliknya.


Para pegawai memberi respon kepada semua guru Pendidikan Islam mengenai dapatan dari pemantauan yang telah dijalankan.Pegawai - pegawai sedang berbincang dengan GPI langkah - langkah untuk memantapkan lagi proses P&P.Semua rekod dan data dipantau untuk memastikan perjalanan P&P mengikut sukatan yang betul.Sekolah - sekolah yang telah dipantau juga akan dipantau lagi di masa hadapan untuk memastikan sekolah tersebut terus mantap.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

11 February 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H PERINGKAT NEGERI KEDAH........



Sesi jamuan ................Para tetamu sedang menjamah hidangan bersama Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang mengimbau kenangan manis dengan pakaian baju melayu ketika menjadi raja sehari suatu masa dahulu.

Segak dan kemas para pegawai kita di majlis tersebut................Pegawai khas j-QAf Padang Terap senyumannya menawan.............
Penolong Pengarah Bahasa Arab Us Khairul Anuar sedang berbincang bilakah beliau akan dipilih sebagai tokoh maal hijrah...............

Kaunter pendaftaran yang setia melayan dan menyambut tetamu yang hadir..................

Tarikh:12 .2.2009
Tempat:Dewan Waja, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi Kulim.
Dirasmikan oleh :Tuan Haji Shahidan bin Abd Rahman PPN.BCK.
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.
Pada tanggal ini Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H peringkat negeri Kedah telah diadakan dengan penuh bersejarah.Tahniah kepada jawatankuasa yang telah menjayakan majlis tersebut.Semoga syiar Islam akan terus berkembang di negeri kita yang tercinta ini.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

10 February 2009

PERJUMPAAN GURU - GURU PENDIDIKAN ISLAM DENGAN WARGA SPI JPN KEDAH...






Pada 10.2.2009 pukul 2.30 petang satu perjumpaan guru - guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah daerah Langkawi dengan Ketua Sektor Puan Hajjah Zainab binti Md Saman dan pegawai pegawai Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.Di dalam perjumpaan ini banyak persoalan yang terbuku dalam hati para guru kita di sana telah diluahkan dengan begitu matang .Para pegawai tampil menjelaskan persoalan tersebut dengan baik.Semua guru berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh para pegawai.Kutipan derma ikhlas untuk membantu saudara kita di Palestin juga dianjurkan pada hari itu.Tahniah kepada pegawai - pegawai di daerah Langkawi kerana berjaya menganjurkan perjumpaan tersebut.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PERJUMPAAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH LANGKAWI...



Pada 10.2.2009 satu pertemuan dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah di PPD Langkawi.Syabas kepada Ustaz Abd Razak dan ustaz Bahari kerana berjaya mengurus perjumpaan ini dengan baik.Terima kasih kepada semua Ketua Panitia kerana meluangkan masa untuk perjumpaan ini.Mereka begitu bersemangat dan memberi komitmen yang membanggakan.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

09 February 2009

BETAPA SEMANGATNYA PEGAWAI KITA SETINGGI BBM DIBELAKANGNYA...

Sabarrrr....Tuan haji Abd Somad.....kerja kita ni memang macam ni........
iihhh kotak - kotak ni kalau boleh buat dinding bilik lagi baguih........memang dok penuh dah pun dalam bilik ini ,apa salahnya kalau ambik buat petisyen he he.....Tapi ada juga manfaatnya sekurang - sekurangnya guru - guru j-QAF mai nak mintak tukaq tak la nampak sangatkan......Boleh jadi pelindung...........


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

08 February 2009

KEPUASAN BEKERJA...............

Kepuasan Bekerja Motivasi Guru
Mencari dan memilih satu kerjaya yang kita mampu cemerlang bukannya satu perkara yang mudah. Sebab itulah ramai orang bertukar tempat kerja dan bertukar kerjaya setelah beberapa tahun menceburinya. Sekiranya kerjaya yang dipilih itu bersesuaian dengan minat maka potensi untuk cemerlang itu besar. Begitu juga apabila organisasi kita bekerja itu sebuah organisasi yang sejiwa dengan kita maka potensi untuk kita kekal lama disitu pastilah besar. Kecemerlangan dalam kerjaya bermula dari peringkat awal pemilihan sesuatu kerjaya itu sendiri. Ketepikan soal gaji dalam memilih kerjaya sebab ia bukan faktor utama anda kekal disesuatu tempat kerja. Malah tidak ada gunanya gaji yang lumayan sekiranya anda tidak punya masa untuk aktiviti yang lain dan diperah habis-habisan umpama santan kelapa. Memang gaji itu penting sebagai sumber pendapatan tetapi ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada keseronokan bekerja.
Sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk bertukar kerja atau menerima tawaran kerja maka lebih baik anda ketahui terlebih dahulu apakah yang sebenarnya yang dikatakan kepuasan bekerja.
Berikut adalah perkara yang dicari oleh seorang yang bekerja mengikut turutan keutamaannya:
1. Komunikasi Terbuka. Sebagai pekerja kita lebih suka sekiranya apa jua masalah di tempat kerja dapat diselesaikan segera dan wujudnya komunikasi dua hala. Bukan sahaja majikan boleh menegur kita tetapi mereka juga terbuka dalam menerima pandangan dan teguran kita sebagai pekerja. Sebab kerapkali kita yang bergelumang dengan tugas-tugas rutin seharian ini lebih arif dan lebih tahu tentang masalah yang wujud dan bagaimana untuk mengatasinya. Malangnya, apabila majikan tidak menerima pandangan maka kita rasakan seolah-olah kesungguhan kita untuk melihat syarikat maju tidak dipedulikan. Sebab itulah komunikasi terbuka itu penting dan merupakan perkara paling utama dalam bekerja.
2. Bidang Tugas. Ramai mereka yang berhenti kerja kerana merasakan tugas yang diberikan tidak seiring dengan minat serta kecenderungan mereka. Mereka tidak puas dengan apa yang dihasilkan kerana mereka tahu bakat dan kebolehan tidak disalurkan sepenuhnya disebabkan bidang tugas yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlu menilai semula adakah bidang tugas yang kita pikul itu adalah betul. Ramai mereka yang cuba mencari pekerjaan lain gagal mengenalpasti bahawa inilah punca masalahnya dan akhirnya sering bertukar majikan. Cubalah berbincang dengan majikan tentang bidang tugas anda agar anda mampu berikan yang terbaik kepada mereka.
3. Kebebasan Menjalankan Kerja. Tiada siapa pun yang seronok kalau setiap pergerakan mereka dipantau dan diperhatikan oleh orang atasan atau majikan. Oleh itu kalau mahu bertukar kerja pastikan anda bebas menjalankan kerja. Yang penting semuanya beres sebelum atau pada masa yang telah ditetapkan. Pekerja biasanya rimas apabila setiap hari ditanya tentang tugasan yang diberikan seolah-olah majikan tidak mempercayainya mereka.4. Jaminan Kerja. Kenapa ramai orang suka bekerja dengan kerajaan? Sebabnya ialah jaminan kerja yang diberikan serta adanya duit pencen disamping insentif-insentif yang lain. Sebab itulah ramai orang memilih jaminan kerja sebagai salah satu perkara yang penting dalam memilih kerjaya. Sekiranya anda bekerja dengan organisasi yang tidak mampu memberikan jaminan tentang masa depan anda maka usah bimbang. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat kerja dengan cara yang terbaik dan bina reputasi cemerlang. Dengan reputasi hebat maka organisasi pasti bimbang akan kehilangan anda. Malah dengan reputasi hebat tidak sukar untuk anda mendapat pekerjaan di tempat lain.
5. Rangsangan Kerja. Pekerja suka bekerja dalam suasana yang kondusif, harmoni dan wujud sikap bantu membantu antara satu sama lain. Ini membantu motivasi diri mereka. Kerja-kerja rutin apabila sampai satu tahap akan membosankan dan majikan yang baik biasanya akan membuka peluang untuk seseorang pekerja itu untuk melakukan tugas-tugas yang lain pula bagi mengelak kebosanan ini.
6. Faedah lain dan insentif. Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan sebagainya merupakan antara perkara yang juga diambilkira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja. Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai.
7. Waktu kerja yang fleksibel. Ada orang seronok bekerja disesebuah organisasi kerana waktu kerjanya fleksibel. Maksudnya mereka boleh masuk awal dan pulang awal atau masuk lewat dan pulang lewat. Mereka boleh tinggalkan seketiga tugasannya kerana ada urusan peribadi atau urusan keluarga yang penting dan menggantikan waktu kerja itu dengan waktu yang lain. Yang penting bagi mereka setiap tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang diberikan.
8. Peluang untuk maju. Bagi ramai pekerja mereka sentiasa memikirkan tentang masa depan mereka. Apabila mereka rasakan bahawa peluang untuk maju dalam kerjaya itu tiada maka mereka mula merasa bosan dan berfikir untuk bertukar kerja. Anda perlu sekurang-kurangnya tiga tahun bekerja disesebuah organisasi untuk menilai sejauh mana majikan menilai sumbangan anda. Sekiranya selepas tiga tahun segala-galanya sama sahaja maka berbincanglah terus dengan pihak atasan. Sekiranya mereka tiada perancangan untuk masa depan anda maka tidak salah untuk anda mencari kerja yang lain.
9. Gaji dan upah. Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya, malah gaji dan upah duduknya pada tangga yang kesembilan. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk diri sendiri. Gaji dan upah lumayan hanyalah hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan bukannya jangka panjang.
10. Saiz organisasi. Kebanyakan pekerja tidak mementingkan sangat saiz organisasi tempat mereka bekerja. Ada yang sukakan organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai tetapi ada pula yang lebih senang dengan saiz organisasi yang kecil dengan pekerja kurang dari 20 orang. Ada yang suka bekerja dengan organisasi yang mempunyai nama yang gah seperti Telekom, TNB, Utusan, Proton dan sebagainya. Tetapi ada pula yang mahu bermula dengan organisasi yang kecil dan mahu berkembang maju seiring dengan organisasi tersebut. Apa sekalipun, kepada kebanyakkan orang, saiz organisasi bukanlah penyebab utama mereka memilih sesuatu pekerjaan.TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MESYUARAT LEMBAGA PENGURUS SABK MAKARIMUL AKHLAK..............




Pada 6.2.2009 saya menghadiri mesyuarat lembaga pengurus SABK Makarimul Akhlak yang dipengerusikan oleh Sheikh Haji Mohamad bin Haji Abdullah.Dalam mesyuarat ini banyak perkara dan isu dibangkitkan demi memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan dengan baik.Saya amat berbangga dengan semua ahli mesyuarat walaupun mereka dah berumur namun semangat dan pengorbanan mereka amat menakjubkan.Mereka ikhlas dalam menjalankan tugas dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

07 February 2009

CABARAN DAN UJIAN KEPADA PEGAWAI...........






Pada 4.2.2009 kami menjalankan tugas sebagai pengiring kepada pemantau dari BPI.Mereka datang ke SMKA Baling untuk memantau pelaksanaan subjek kejuruteraan di sekolah tersebut.Namun pada hari itu Allah ingin menguji kesabaran para pegawai dengan satu ujian iaitu kunci kereta Tuan Haji Abd Somad tertinggal dalam bonet kereta.Lalu kami pun terpaksa mencari orang yang pakar dalam membuka kunci .Pada mulanya kami panggil pakar kunci peringkat SPM tetapi tidak berjaya.Kemudian kami memanggil pakar kunci peringkat ijazah pula iaitu Profesor Kumar.Beliau memang hebat tak sampai dalam 2 minit kereta Volvo 850 milik Tuan Haji Abd Somad berjaya dibuka.Maka kami hari itu pukul 8.00 malam baru bertolak balik ke distinasi masing - masing.........



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PEMANTAUAN KE SK PULAI BALING..............





Pada 4.2.2009 kami telah pergi memantau ke Sk Pulai di daerah Baling.Banyak perkara yang kami perolehi setelah pergi memantau ke beberapa buah sekolah sejak kebelakangan ini.Diantara fokus utama dalam siri pemantuan kami ialah pengurusan panitia dan juga P&P di sekolah berkenaan.




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.