27 October 2009

Bersyukur dengan kurniaan ilahi.......


Gambar keluarga ....................yang comel ni namanya Aqiil Jayyid................

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.
JADILAH PENDIDIK................

Ciri – Ciri Guru Berkualiti
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negaraAspek Yang Harus DiTitik Beratkan Oleh Guru Yang Ingin Berjaya• Dalam aspek perancangan , boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai tahap atau kebolehan
•Dari sudut pengurusan masa ,menepati masa dan sentiasa terkehadapan dalam pelbagai situasi. Dari sudut rekod dan pendokumentasian , berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
• Dalam proses pengajaran , berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Dalam aspek tindakan , guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
•Dalam aspek peransang, kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas atau sudut – sudut yang sesuai.




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

KELEBIHAN MEMBACA.....



Kelebihan membaca ......

Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)
Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Mas`ud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.
Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.
Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tak berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Selamat berkongsi maklumat..................





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

26 October 2009

KEM AKIL BALIGH PERINGKAT KEPULAUAN PULAU TUBA/DAYANG BUNTING..........





Sekalung tahniah buat Penyelia Pendidikan Islam Pulau Langkawi Ustaz Abdul Razak bin Hamid ,Guru besar Sk Pulau Tuba Tuan Haji Azhar bin Ahmad,Guru besar SK Bagan Nyior En Saidin bin Mat,Guru besar SK Lubuk Chempedak En Roslan bin Ali,Pengerusi kem Ustaz Hadai bin Taib ,Naib pengerusi encik Zulkifli bin abu Hassan dan barisan jawatankuasa kem kerana berjaya menganjurkan kem akil baligh peringkat kepulauan.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

KURSUS PRASEKOLAH DI PLGDP SUNGAI KARANGAN ,KULIM.

Bermula 11.10.2009 hingga 22.10.2009 Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Islam Prasekolah selama 2 minggu juga diadakan di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sungai Karangan,Kulim.Terima kasih kepada para peserta yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang kursus.Terima kasih kepada penyelaras dan penghulu yang memberi kerjasama dalam menjayakan kursus ini.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PRASEKOLAH.............

Ustaz Osman selaku penyelaras kursus Prasekolah di Kampus IPGM Darulaman,Jitra.
Ustaz zaidi penghulu peserta Kursus Prasekolah di Kampus IPGM Darulaman,Jitra.

Para peserta kursus sedang mendengar takilmat dari urusetia kursus di bilik bunga raya Kampus IPGM Darulaman,Jitra.









Pada 10.10.2009 saya dan ustaz Abdul Somad dijemput menghadiri majlis perasmian Kursus Prasekolah yang bermula pada 11.10.2009 hingga 22.10.2009.Kursus ini diadakan diseluruh negara.IPGM negeri Kedah yang terlibat ialah IPGM Darulaman dan IPGM Sultan Abdul Halim Sungai Petani yang bertempat di PLGDP Sungai Karangan Kulim.Pada mulanya saya agak risau setelah diberi amanah oleh BPG untuk mengurus kehadiran guru - guru ke kursus tersebut.Alhamdulillah saya bersyukur kerana kehadiran para peserta ke kursus hampir seratus peratus.Mengikut laporan guru yang tidak hadir pernah mengikuti kursus yang seumpama ini sebelum ini.Terima kasih kepada semua peserta yang istoqomah mengikuti kurusus selama dua minggu.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Kem Akil Baligh Daerah Baling /Sik.......


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Ustaz Yusof bin Haji Ahmad kerana berjaya mengadakan kem Akil Baligh peringkat daerah Baling / Sik tanggal 6.7.8 /10/2009 .Terima kasih juga kepada semua ajk kem dan pihak tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bertungkus lumus selama 3 hari untuk menjayakan kem tersebut.Saya telah dimaklumkan persiapan makan dan minum peserta kem di masak dan disediakan oleh GPI sendiri.Mudah - mudahan berkat air tangan tuan -tuan guru dan puan - puan guru ini anak - anak yang menyertai kem tersebut akan lebih cerah hati mereka untuk menerima ilmu......Tahniah...

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.