11 April 2010

PELAKSANAAN PROGRAM CELIK AQIDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN....

Dimaklumkan kepada semua GPI dan GPI Program j-QAF Program Celik Aqidah (PCA) akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 April hingga 14 Mei 2010
Tempat:Seluruh sekolah kebangsaan dan SJKC/SJKT.
Sasaran :Semua pelajar sekolah kebangsaan.
Cara Pelaksanaan:Sila rujuk modul PCA.

Sehubungan itu,Ketua Panitia Pendidikan Islam hendaklah memastikan modul PCA sampai ke sekolah masing - masing dan Ketua Panitia membuat mesyuarat untuk menyelaraskan aktiviti.Saya amat berharap semua GPI melaksanakan dengan penuh komitmen dan hati yang terbuka agar program ini dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar - pelajar terhadap Aqidah yang benar.Betapa ramai anak - anak kita yang masih kabur dan kurang memahami konsep tauhid yang benar dan ramai lagi yang tidak ingat sifat - sifat wajib yang perlu ada di dalam dada mereka sebagai pedoman untuk mereka mengenali pencipta alam ini yang bersifat dengan Esa,berkuasa,bijak sana dan lain - lain lagi.Kita ingin melahirkan pelajar - pelajar yang berakhlak mulia dan berilmu tinggi ,justeru itu penerapan konsep ilmu tauhid yang betul perlu disemai sejak di peringkat rebung lagi.Sejak kebelakangan ini sering kedengaran pelbagai penyakit sosial menular kedalam masyarakat kita bahkan setiapa hari pelbagai cerita yang timbul dan menggerunkan.Saya menyeru dan memohon dengan rendah hati agar GPI sama - sama menggembling tenaga dan memerah idea demi mencapai cita - cita murni yang diimpikan.Saya yakin dan percaya GPI dapat melaksanakan yang terbaik.Sepuluh jari disusun memohon doa agar Allah memberkati amalan yang mulia ini.Akhir kalam jutaan terima kasih kepada semua GPI dan GPI program j- QAF dan didoakan agar diberi kekuatan untuk melaksanakan program ini.

*Sekiranya modul belum diterima boleh didownload terus dari Portal Sektor Pendidikan Islam " klik di ruangan muat turun dan klik di ruangan Pendidikan Islam Rendah.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: