31 January 2010

SOLAT??????????????

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis KelimaGolongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Bersyukur masih dikurniakan nikmat bekerja dan berbakti...................

Ustaz Ahmadi Putra bin Zainol Abidin sedang merangka program untuk memantapkan aqidah pelajar - pelajar di sekolah ............................
Ustaz Ayob bin Saman sedang mengatur program untuk mengukuhkan jati diri murid ke arah jailil qurani yang dimpikan selama ini..................
Walaupun pelbagai desas - desus kedengaran sejak kebelakangan ini mengenai kewangan namun kita selaku penjawat awam yang beriman tetap teguh dan istiqomah dalam meneruskan tugasan.Cabaran yang kita hadapi ini adalah kecil kalau hendak dibandingkan dengan cabaran dan ujian di tempat lain.Bersyukurlah kepada Allah kita masih dikurniakan nikmat pekerjaan yang boleh menyara diri,keluarga dan kaum kerabat tercinta.Semoga kita terus mantap dan berintegriti dalam melaksanakan amanah ini.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

30 January 2010

Takwim Aktiviti Pendidikan Islam Teras (Rendah) 2010

Bulan Januari

-Mesyuarat Penyelarasan aktiviti Pendidikan Islam Teras (Rendah)dengan Pegawai(Unit
Pendidikan Islam) PPD.

-Memaklumkan aktiviti yang hendak dilaksanakan kepada pegawai di PPD
-Pegawai PPD membentangkan aktiviti daerah masing – masing
-Perjumpaan dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di setiap daerah

-Memaklumkan tindakan dan aktiviti yang perlu dilakukan di sekolah untuk memantapkan
kurikulum Pendidikan Islam
-Perjumpaan dengan Jurulatih Utama/Fasilitator
-Menyelaraskan tugasan dan memaklumkan tindakan yang perlu dilaksanakan.
-Menghantar format tersebut ke semua sekolah kebangsaan untuk tindakan persediaan.

Bulan Februari

-Bengkel Membuat Modul Smart Tajwid
-Bengkel Membuat Modul Program Celik Aqidah
-Pelaksanaan Program Celik Aqidah
-Dilaksanakan di peringkat sekolah

Bulan Mac

-Bengkel Membuat Modul Program Sirah
Gemilang
- Dilaksanakan bersama jurulatih utama
-Kursus Peningkatan Al-Quran dan Pengajaran Kolaboratif
- Fokus kepada Daerah – daerah yang belum melaksanakannya

Bulan April

-Kursus Peningkatan Jawi
-Pelaksanaan Program Smart Tajwid

Bulan Mei

-Kursus Peningkatan P&P Al-Quran

Bulan Jun

-Pelaksanaan Program Sirah Gemilang
-Bengkel Membuat Modul Program Akhlak Murni
Bulan Julai

-Pelaksanaan Karnival Jawi
Bulan Ogos
-Kursus Peningkatan Pengajaran Aqidah
-Pelaksanaan Program Akhlak Murni

Bulan September

-Pemantauan Kurikulum Bersepadu ke SJKC/SJKT

Bulan Oktober
-Pelaksanaan Kem Akil Baligh

Bulan November

- Laporan Kem Akil Baligh
- Semua PPD menyerah laporan dan dokumentasi pelaksanaan Kem Akil Baligh ke JPN

Bulan Desember

-Membuat post mortem aktiviti yang telah dilaksanakan
-Membuat laporan dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PERJUMPAAN DENGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KUBANG PASU...



Puan hajjah Fatimah binti Ahmad bersemangat dan berintegriti dalam menyampaikan ucapan kepada GPI .
Pada 28.1.2010 satu perjumpaan dengan GPI sekolah kebangsaan daerah Kubang Pasu diadakan.Tahniah dan syabas kepada Puan hajjah Fatimah binti Ahmad dan Ustaz Md Isa bin Md Ali yang telah berjaya mengatur satu perjumpaan yang amat bermakna ini.Saya dan ustaz Abdul Somad bin Abdullah Penolong Pengarah Kanan Program j-QAF telah memberi taklimat mengenai aktiviti yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2010.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

27 January 2010

PERJUMPAAN DENGAN SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN.............


Pada 27.1.2010 daerah satu perjumpaan yang penuh bermakna dengan semua guru Pendidikan Islam telah diadakan.Tahniah dan syabas kepada Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Abdul razak yang telah berjaya menguruskan perjumpaan tersebut.Dalam perjumpaan ini banyak amanat telah diberikan kepada guru - guru dan takwim aktiviti sepanjang 2010 telah dimaklumkan.Saya doakan semoga tahun ini guru - guru Pendidikan Islam terus bersemangat dan maju kehadapan dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.GPI bukanlah sekadar guru tetapi murabbi dan daie .Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah s.w.t..............

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

BORANG PENCERAPAN BUKU LATIHAN PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM TERAS SEKOLAH KEBANGSAAN

Cara mengisi borang pencerapan.................

* Sila isikan tarikh pelaksanaan pencerapan yang telah dilakukan terhadap buku latihan pelajar.
* Pencerapan boleh dilakukan oleh sesiapa yang diberi kuasa mencerap oleh pentadbir sekolah.
* Sila isi jumlah tajuk latihan yang telah dibuat oleh guru setakat tarikh dicerap. Contoh : 4 dari 7 tajuk.
* Sekiranya bahagian tertentu(Contoh bahagian Sirah tahun 4 ) diajari oleh dua orang guru ( guru P.I dan guru j-QAF) maka catat nama diruang masing - masing dan diruang pencerapan catat tarikh pencerapan dan jumlah latihan sama dengan guru gandingan .
* Sekiranya pencerapan berlaku beberapa kali pada bahagian yang sama maka isi tarikh pencerapan tersebut dalam kotak yang sama : Contoh (3.3.2010 dan 4.4.2010)
* Sila isi maklumat mengikut bahagian yang berkaitan dengan guru mengajar.
* Sekiranya ada maklumat tambahan boleh ditambah dan diubahsuai laporan.
* Format laporan ini hanya sebagai contoh dan boleh diubah mengikut kesesuaian maklumat.
* Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Musa Jayyid bin Mohamad di talian 016 – 4041737.

Perhatian :

Ruangan pencerapan diisi oleh guru mengikut bahagian yang ada kaitan dengan guru tersebut.

Contoh :
Ustaz Ahmad mengajar bahagian Sirah tahun 5 maka isi tarikh pencerapan buku latihan tersebut di ruang bahagian sirah tahun 5 sahaja.
Ustaz Ali mengajar bahagian Aqidah tahun 2 maka isi tarikh pencerapan buku latihan tersebut di ruang bahagian aqidah tahun 2 sahaja.Ruangan yang tidak ada kaitan dengan guru tersebut jangan diisi.

kerjasama guru - guru yang dikasihi didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.....










TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.