26 July 2008

TEORI DORONGAN -MASLOW.

Mengikut Teori Maslow manusia mempunyai 5 hirarki keperluannya yang mendorong ia berperilaku......

1.Fisiologi
2.Keselamatan
3.Kasih sayang
4.Penghormatan
5.Pencapaian hasrat diri

Selamat berkongsi maklumat.........
Sekian terima kasih.....

DEFINISI MOTIVASI.........

MOTIVE / ACTION

.Motive = Sebab melakukan sesuatu untuk dicapai sesuatu matlamat.
.Action = Perlakuan / Kelakuan

Definisi Motivasi

Ialah satu proses yang menggerakkan ,yang menyebabkan ,menyalurkan dan mengukuhkan manusia kepada sesuatu kelakuan.


Sekian terima kasih.....
Selamat berkongsi maklumat.......

Apa itu Methodology....

Methodology berasal daripada perkataan Yunani ,iaitu gabungan antara metodos dan logos kemudian diinggeriskan menjadi methodology.

Metodos ertinya pengajaran ilmu
Logos ertinya sains

Akhirnya menjadi istilah Methodology membawa erti sebagai sains pengajaran ilmu..

Selamat berkongsi maklumat........

DEFINISI ILMU..

APA MAKSUD ILMU....


Menurut Confucius ilmu ialah "Apabila kamu mengetahui sesuatu ,meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan yang kamu tidak tahu(membawa kepada kebenaran dan keyakinan)"

Menurut Plato ilmu ialah "suatu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan"

Menurut Imam Ghazali ilmu ialah"suatu kepastian yang demonstratif"Dan ilmu perlu dicapai melalui pengalaman langsung.

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas ilmu ialah"suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia"

WIRID SELEPAS SOLAT....

Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya"Sesungguhnya berzikir dengan mengeluarkan suara selepas solat fardhu adalah dilakukan di zaman nabi s.a.w. Dan berkata lagi Ibnu Abbas "Aku tahu orang - orang sudah selesai solat apabila ku dengar begitu".......

Sahih Bukhari.....

Pengajaran:

Kepada pembaca yang budiman wirid adalah sunnah rasulullah s.a.w,jadi suburkan ia.

CONTOHI BAGINDA...

Abu Said Al Khudri r.a bercerita:"Awan gelap datang dan hujan turun sehingga atap yang terbuat dari pelepah tamar itu jadi bocor,kemudian solat didirikan maka aku melihat rasulullah sujud di air dan tanah ,sehingga aku melihat kesan - kesan tanah melekat di kening beliau"


Sahih Bukhari....

Pengajaran:

Kem Bestari Solat boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun selagi kawasan kita solat itu bersih dan suci dari najis.Tidak semestinya menanti masjid yang tersergam indah dan surau yang cantik ..Hendak seribu daya ,tak hendak macam - macam la kan.....

22 July 2008

PERTUKARAN 2009............

MAKLUMAN PENTING..........


Permohonan pertukaran untuk tahun 2009 butiran seperti berikut:

Tarikh permohonan : Sekarang sehingga 15.8.2008
Kelayakan : Guru - guru yang sudah tamat kursus 18 bulan
Syarat : Suka sama suka
Opsyen dan Kohot mesti sama
Kaedah permohonan : Melalui Guru besar ,Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri.
Surat permohonan : Sila ikut format yang telah diberi dalam blog ini.


Perhatian : Permohonan yang tidak menepati kaedah di atas dan terlepas tarikh permohonan tidak dapat di proses.







Sekian terima kasih.........

KELEBIHAN BEKERJA..

Dari Abu Mas'ud r.a katanya Nabi s.a.w bersabda"Apabila seseorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas,maka nafkah(pahala) itu sama dengan (pahala) sedekah"


Sahih Bukhari.........

20 July 2008

Apa itu BIG??????????????????.........

Pengenalan

Bacaan ikut guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra' dan murid yang membaca al quran di bawah sukatan sebenar.

Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut yang telah ditetapkan.

Kaedah Pelaksanaan

Tahun 1(6 bulan kedua pada waktu P&P al quran dan Tasmik)
Tahun 2-6(sepanjang tahun pada waktu P&P al quran dan tasmik)
Guru membaca ayat -ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus - putus tanpa mencacatkan makna.
Murid mengikut bacaan guru secara beramai - ramai di dalam kumpulan ,sambil memerhati pergerakan bibir guru.
membaca sehingga satu muka surat al quran
BIG dilaksanakan pada awal P&P al quran di antara 10-15 minit sahaja(Selepas itu P&P l quran diteruskan dengan membaca Iqra' bagi murid yang belum menguasai bacaan atau membaca al quran di tahap sebenar/bacaan di rumah)melatih tubi bacaan sebenar.
BIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.





Selamat berkongsi maklumat.......................

TINGKATAN BACAAN AL-QURAN.......................................


Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al -Quran :


1-Tahqiq


Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya,menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.


2-At - Tartil

Bacaannya lambat - lambat,tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum - hukum bacaan tajwid dengan sempurna,merenung maknanya,hukum dan pengajaran daripada ayat.

3-At-Tadwir

Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar,serta memilahara hukum- hukum tajwid.

4-Al-Hadar

Bacaan yang cepat serta memelihara hukum - hukum bacaan tajwid.Kebiasaanya diamalkan oleh para hafiz Al-Quran.





Sekian terima kasih ........................