14 October 2008

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH............

Subhanaman sawwarah........................... Maha Suci Allah Yang Maha Bijak Mencipta........................

23 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...............













Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri yang mulia kepada semua yang mengenali dan berkunjung ke blog ini...Sekiranya ada tersilap bicara mohon ampun dan maaf amat didamba...
Jemputlah semua ke rumah kami............
Tapi kalau nak pergi ada dua syarat:
yang pertama kena bawa kuih raya
yang kedua kena bagi duit raya dekat tuan rumah
Maaf no gurau aja dari kami sekeluarga..........
Dari kami sekeluarga:
Musa Jayyid bin Mohamad
Norasyikin binti Said
Aufa amani
Asma Amani
Aqiil Jayyid

Makan ketupat di waktu pagi...
Bakar lemang di tepi perigi...
Baju raya beli dak lagi....
Raya tinggai beberapa hari ja lagi....

Hari raya hampir tiba...
Sanak saudara pulang ke desa...
Kalau ada tersalah bicara..
Harap maaf kami sekeluarga...




21 September 2008

KONTIJEN KEDAH KE MKQ PERINGKAT KEBANGSAAN..
























Pada 15 ,16, 17 September 2008 saya , pegawai khas jQAF,guru pengiring dan pelajar - pelajar daerah Padang Terap telah menghadiri Majlis Khatam al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang.
Tahniah dan syabas kepada ustaz Nadhari pegawai khas j-QAF PTP dan guru pengiring ustaz Zabidi dan Ustazah Fauziah di atas pengorbanan mereka membawa kontijen Kedah ke majlis tersebut.Mereka menjaga pelajar - pelajar tersebut bagaikan anak sendiri.Sempat juga kami bawa bershoping ke pusat membeli belah untuk menghiburkan pelajar - pelajar tersebut.
Mereka gembira sampai tak mahu pulang sehingga saya terpaksa pujuk selepas raya nanti saya akan bawa lagi dan suruh mereka kumpulkan duit raya dulu.Harap - harap lepas raya nanti selepas makan ketupat dan lemang mereka melupakan hasrat itu.















MESYUARAT KEM BINA JUARA DAN MKQ ...........













Pada 22.9.2008 hari isnin bersamaan 22 Ramadhan mesyuarat kem bina juara dan MKQ peringkat negeri diadakan di PKG Sungai Limau.Terima kasih kepada pegawai - pegawai khas j-QAF dan semua Juru latih yang bertungkus lumus menyiapkan bahan.


KEBESARAN ALLAH S.W.T.................


Gambar pisang yang luar biasa.Allah menciptanya untuk manusia berfikir dan mengkaji kebesarannya.

20 September 2008

TAKZIAH BUAT USTAZ AZIZI............

Al Fatihah .........................
Tanggal 20 hb bersamaan 20 ramadhan hari sabtu mak mentua ustaz Azizi telah kembali ke rahmatullah..........Semoga ruhnya ditempatkan di sisi orang - orang soleh amin............Marilah kita menghadiahkan pahala bacaan surah al fatihah kepada almarhumah............

18 September 2008

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

14 September 2008

MOTIVASI........

Menurut ahli psikologi motivasi mengandungi proses - proses internal yang meransang kita untuk memenuhi keperlua kita.Ia merupakan proses dalaman yang mengaktifkan,memandu dan mengekalkan tingkah laku untuk tempoh masa tertentu.
Motivasi terbahagi kepada dua:
A-Motivasi Intrinsik:
Merupakan dorongan dalaman atau hasil usaha daripada kehendak sendiri.Contoh seseorang itu membuat sesuatu tanpa paksaan tapi dengan rela dan minat.
B-Motivasi Ekstrinsik:
Merupakan dorongan luaran.Contohnya seseorang itu melakukan sesuatu untuk mendapat pujian ,hadiah,ganjaran dan lain-lain lagi
Sekian terima kasih..........

13 September 2008

PERASAN ATAU TIDAK............FIKIR - FIKIRKAN....

JENIS - JENIS PERBUALAN DENGAN KAWAN............
.Orang berfikiran BESAR memperkatakan mengenai ilmu......
.Orang berfikiran SEDERHANA memperkatakan mengenai peristiwa yang berlaku....
.Orang berfikiran RENDAH memperkatakan mengenai orang lain.....
.Orang berfikiran CETEK memperkatakan mengenai diri sendiri kepada orang lain..

Sila gunakan penimbang ini untuk tentukan kita masuk kategori mana........
Terima kasih............

Harap maaf kata-kata ini tidak menjuruskan kepada mana - mana individu,masyarakat dan lain-lain lagi samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia...Ianya sekadar kongsi maklumat...........

APA ITU TONGGAK 12................

-MENGHARGAI MASA
-KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
-KESERONOKAN BEKERJA
-KEMULIAAN KESEDERHANAAN
-KETINGGIAN PERIBADI
-KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
-PENGARUH TELADAN
-KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
-KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
-KEUTAMAAN KEMAHIRAN
-PENINGKATAN BAKAT
-NIKMAT MENCIPTA

Sekian terima kasih.............