01 February 2009

PEMANTAUAN KE SK TUALAK DAERAH PADANG TERAP...

Beginilah betapa rapinya mereka menjaga rahsia sampai duduk bersebelahan pun bercakap menggunakan handphone................hebat ...hebat.....


Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang memeriksa buku ringkasan mengajar guru - guru.

Pegawai khas j-QAF PTP sedang memerhati guru - guru mengajar model khatam Al-Quran.Beliau sedang membuat laporan hasil dari pemantauan hari ini.
Pada 2.2.2009 hari Isnin saya dan Penolong Pengarah Operasi j-QAF pergi memantau ke Sk Tualak daerah Padang Terap.Bersama - sama kami Tuan Haji Nadhari bin Mahmud pegawai khas j-QAF Padang Terap.Walaupun kesihatan beliau masih belum pulih sepenuhnya namun beliau tetap memberi komitmen yang membanggakan.Kami memantau GPI dan GPI Program j-QAF serentak.Fokus kami dalam siri pemantauan ialah pengurusan panitia ,buku ringkasan mengajar,data pencapaian dan teknik mengajar.Didoakan semoga Pendidikan Islam terus subur dari semasa ke semasa.




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

31 January 2009

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM...

FAIL 1 (MESYUARAT PANITIA DALAMAN)- Surat panggilan mesyuarat- Minit mesyuarat
FAIL 2 (SURAT PANGGILAN MESYUARAT)-KPM/JPN/PPD/PKG-surat panggilan kursus-Surat panggilan ko akademik
FAIL 3 (MAKLUMAT GURU PANITIA)-Butir peribadi GPI-Jadual peribadi dan kelas-salinan sijil-Rekod memeriksa kertas peperiksaan awam-Sijil kejurulatihan/Kursus-Subjek yang pernah diajar-tugas khas di sekolah /PKG/PPD/JPN-Jurulatih Utama /fasilitator
FAIL 4 (DOKUMEN PANITIA)-Rancangan prestasi murid-Catra Gantt-BBM-Rekod penggunaan BBM-Senarai buku rujukan guru-Perkembangan staff-Program khas peningkatan pencapaian Pendidikan Islam-Sukatan pelajaran-huraian sukatan-Senarai buku teks
FAIL 5 (KOLEKSI SOALAN/BANK SOALAN)-Kertas soalan peperiksaan sekolah-Kertas soalan peperiksaan awam
FAIL 6 (POST MORTEM PEPERIKSAAN /UJIAN)-Analisa peperiksaan -Jadual kekerapan soalan-Kekuatan dan kelemahan murid dan tindakan yang perlu diambil
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PEMANTAUAN PENDIKAN ISLAM TERAS DAN PROGRAM jQAF DI SK LANGGAR..







Pada 1.2.2009 hari Ahad saya dan Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF diiringi Pegawai khas j-QAF Kota Setar Us Dhiauddin pergi memantau ke Sk Langgar.Kami disambut baik oleh Puan Guru Besar dan guru - guru memberi kerjasama yang baik.Ini adalah satu siri lawatan pemantauan yang kami susun untuk tahun 2009.Tahun ini merupakan tahun pemantauan semua sekolah - sekolah kebangsaan jika diizinkan Allah.Fokus pemantauan kami ialah Pendidikan Islam Teras dan Program j-QAF.Pengurusan Panitia juga adalah fokus utama dalam siri pemantauan kami.Semoga Pendidikan Islam akan terus maju dan memberi sumbangan yang tinggi dalam arena pendidikan kita.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

SEJARAH.........

Akar umbi sejarah
Lihat juga: Sejarah Israel dan Judah kuno dan Sejarah Yahudi
Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Canaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, [6] tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden. [7] Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.
Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestina Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. [8] Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantin pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Omayyad dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

[sunting] Zionisme dan Immigrasi
Rencana utama: Zionisme dan Aliyah
Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmauqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis. [9]
Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.
Theodor Herzl (1860 – 1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.
Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.
Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.
Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu petikan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.[perlu petikan] The southern half of the country is the barren and mostly empty Negev desert. The subsequent Holocaust in Europe led to additional immigration from other parts of Europe. By the end of World War II, the number of Jews in Palestine was approximately 600,000.
In 1939, the British introduced a White Paper of 1939, which limited Jewish immigration over the course of the war to 75,000 and restricted purchase of land by Jews, perhaps in response to the 1936-1939 Arab revolt in Palestine. The White Paper was seen as a betrayal by the Jewish community and Zionists, who perceived it as being in conflict with the Balfour Declaration of 1917. The Arabs were not entirely satisfied either, as they wanted Jewish immigration halted completely. However, the White Paper guided British policy until the end of the term of their Mandate. As a result, many Jews fleeing to Palestine to avoid Nazi persecution and the Holocaust were intercepted and returned to Europe. Two specific examples of this policy involved the ships Struma and Exodus (which was carrying holocaust survivors, in 1947).[10]
These attempts by Jews to circumvent the blockade and flee Europe became known as Aliya BethTERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

NAMA ISRAEL..........

Nama
Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian mush itu adalh tuhan yang sedang menyamar.. [3] Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang. Sejarah Israel ada juga yang diseleweng tetapi secara tepatnya asal usul Bani Isra'il ini telah dikupas secara lengkap di [1].
Negara moden dinamakan Negara Israel. Cadangan-cadangan nama yang ditolak termasuk Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru. [4] Penggunaan istilah Israeli untuk merujuk kepada seorang warganegara Israel diputuskan oleh Kerajaan Israel dalam minggu-minggu selepas kemerdekaan, dan diumumkan oleh Menteri Luar Negeri, Moshe Shertok.[5TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PENGENALAN ISRAEL............

Israel (Ibrani: יִשְׂרָאֵל, Yisra'el), rasminya Negara Israel (Ibrani: מְדִינַת יִשְׂרָאֵל (bantuan·maklumat), Medinat Yisra'el; bahasa Arab: دَوْلَةْ إِسْرَائِيل‎, Dawlat Isrā'īl), adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. [1] Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. [2] Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama (lihat juga Orang Israel.)
Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PARA PEGAWAI SEDANG BERBINCANG DAN MENYIAPKAN TUGASAN DEMI ANAK DIDIK............









TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

28 January 2009

MARI BELAJAR BAHASA ARAB..............

Kita belajar
نَتَعَلَّمُ
Dengarkanlah !
اسْتَمِعْ !
Sebutkanlah !
انْطُقْ !
Lakonkanlah !
مَثِّلْ !
Dia memasuki
يَدْخُلُ
dia berdiri
يَقُومُ
Kita mulakan !
نَبْدَأْ
Laksanakanlah !
أجْرِ !
Tuliskanlah !
اكْتُبْ !
Kita mendengar
نَسْتَمِعُ
Saya menasihatkan
أنْصَحُ
Datang
يَحْضُرُ
Rajin
يَجْتَهِدُ
mentaati
يُطِيعُ
Saya doakan
أدْعُو
Dia pergi
يَذْهَبُ
Dia duduk
يَجْلِسُ
Dia membaca
يَقْرَأُ
Dia mengetuai
يَؤُمُّ
Dia telah bertanya
سَألَ

20 January 2009

TAKLIMAT PENEMPATAN DAN PENJELASAN MODEL j-QAF......






Pada hari selasa 20.1.2009 satu taklimat penempatan kepada guru - guru Pendidikan Islam Program j-QAF ambilan 2009 dan penerangan mengenai model - model j-QAF.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

14 January 2009

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI 2009..





Pada 14.1.2009 di PKG Sungai Limau telah diadakan mesyuarat penyelarasan aktiviti program j-QAF tahun 2009 yang dipengerusikan oleh pegawai baru Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF Tuan Haji Abd Somad bin Abdullah.Pada tahun ini pemantauan menjadi tema utama dalam rangka menjayakan program j-QAF.Jadual pemantauan telah pun siap dan pelaksanaannya akan berjalan tak lama lagi.Fokus utama dalam siri pemantauan ini ialah memastikan setiap sekolah telah mencapai atau melepasi sukatan model khatam Al-Quran yang telah ditetapkan oleh kementerian.Saya doakan semoga program j-QAF mendapat melahirkan generasi celik Al-Quran dan berilmu.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.