11 February 2010

Contohilah Pegawai ini.......

Semenjak beberapa hari lalu bilik kami mengalami kerosakan air cond jadi bilik ini panasnya bagai dalam oven.Namun semuanya bergantung kepada kekuatan semangat dan keteguhan jati diri masing - masing.Tengok macam pegawai kita ni walaupun panas tapi kerja tetap kerja....
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

08 February 2010

TAHNIAH ...DAERAH PADANG TERAP......




Pada 8.2.2010 daerah Padang Terap telah mengadakan mesyuarat panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan peringkat daerah.Saya dijemput untuk memberi taklimat aktiviti Pendidikan Islam sepanjang tahun 2010.Banyak program yang dibincangkan untuk memantapkan lagi Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.Tahniah kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Ustaz Shahabuddin bin wahab dan Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Fauzi bin Baharom yang telah berjaya mengadakan mesyuarat yang amat bermakna ini.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

03 February 2010

PROGRAM CELIK AQIDAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI NEGERI KEDAH AKAN DILANCARKAN.........

Alhamdulillah modul PCA (Program celik Aqidah) sudah siap dan menunggu masa untuk dicetak.Hampir beberapa minggu saya cuba menyiapkan dan memurnikannya.Memang lambat juga sebab sekarang susah nak panggil J.U untuk membantu ,jadi saya gagahi juga walaupun berseorangan untuk menyiapkannya.Jadi saya mohon maaf sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan dalam modul ini.Saya cuba mencipta beberapa program yang mudah dilaksanakan,tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,kurang melibatkan guru meninggalkan sekolah dan dapat dilaksanakan kepada semua pelajar.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada GPI dan GPI Program j-QAF kerana merekalah penggerak segala program untuk memastikan anak - anak didik kita dibekalkan ilmu yang mantap untuk menempuh alam dewasa kelak.Semoga Pendidikan Islam sentiasa sederap bersama melangkah kehadapan.


Rasional

Tauhid merupakan asas dan tunjang bagi setiap muslim.Aqidah yang benar amat penting bagi menjamin semua ibadat yang dilakukan oleh seseorang muslim itu diterima oleh Allah s.w.t. Sekiranya sesesorang itu tidak memahami konsep aqidah yang betul ia boleh membawa kepada kesesatan dan terpesong dari kebenaran.Justeru itu pemahaman terhadap konsep aqidah yang benar perlu disemai dari peringkat kanak – kanak sejajar dengan peningkatan usia mereka.Aqidah yang betul dapat membentuk keperibadian muslim sejati dan generasi Alquran yang diimpikan.
Matlamat Program
1. Menanam aqidah yang benar kepada pelajar - pelajar sekolah.
2. Memelihara aqidah pelajar – pelajar dari terpesong dan sesat.
3. Melahirkan pelajar – pelajar yang mantap kefahaman terhadap aqidah yang benar.
4. Program ini memberi peneguhan kepada proses P&P aqidah dalam kelas.

Objektif Program

1. Menambahkan bilangan pelajar – pelajar memahami konsep Aqidah dengan betul.
2. Mengurangkan kadar pelajar – pelajar yang lemah mengenai pemahaman akidah.
3. Menambahkan bilangan pelajar – pelajar yang minat terhadap pelajaran Pendidikan Islam.
4. Menambahkan jumlah pelajar - pelajar berakhlak seperti yang dituntut oleh Aqidah Islamiah.

Fokus Tajuk

Program ini memberi tumpuan kepada tajuk – tajuk yang menjadi tuntutan dalam ilmu tauhid serta terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah kebangsaan.
1. Rukun Iman
2. Rukun Islam
3. Sifat Wajib ,Mustahil dan Harus bagi Allah.
4. Sifat Wajib ,Mustahil dan Harus bagi Para Rasul.
5. Malaikat dan tugas – tugasnya.

Kaedah Pelaksanaan

1. Menggunakan cara bernasyid atau menyanyi untuk menarik minat pelajar - pelajar dan memudahkan mereka ingat.
2. Guru – guru menyebut sebutan perkataan dengan jelas dan tepat.
3. Pelajar – pelajar diminta bernasyid atau menyanyi beramai – ramai.
4. Guru – guru menerang maksud dengan jelas dan sedikit – sedikit dari semasa ke semasa.
5. Guru – guru membuat contoh – contoh yang mudah difahami oleh pelajar - pelajar.
6. Guru – guru menyoal pelajar - pelajar dari semasa ke semasa.
7. Contoh – contoh nasyid dan lagu boleh di download dari internet atau direka sendiri oleh guru – guru mengikut kreativiti.(Lagu hendaklah bersesuaian dengan pendidikan)

Cadangan Cara Pelaksanaan

1. Dipasang dalam radio di waktu pagi sebelum bermula sesi P&P.
2. Dilaksanakan dalam perhimpunan sekolah.
3. Dilaksanakan ketika menggantikan guru yang tidak hadir.(masa relief)
4. Dilaksanakan selepas tasmik sekitar lima minit.
5. Ditulis di papan kenyataan dan kawasan sekolah.
6. Dilaksanakan selepas P&P Pendidikan Islam Bahagian Ulum Syariah sekitar 5 minit.
7. Dilaksanakan ketika ada ruang atau masa yang mengizinkan.
8. Dilaksanakan sebelum atau selepas bermula kelas KAFA (mohon kerjasama guru – guru KAFA)
9. Pelajar – pelajar menyebut beramai – ramai sebelum memulakan sebarang aktiviti sekolah .
10. Dilaksanakan sebelum atau selepas melakasanakan Kem Bestari Solat .

Contoh aktiviti :

- Guru bernasyid atau menyanyi lagu sifat – sifat wajib bagi Allah, memasang radio,CD,laptop dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar diminta mendengar dahulu kemudian mengikuti lagu tersebut.
-Setelah selesai aktiviti tersebut guru mengambil satu atau dua sifat sahaja dan memberi pengertian serta mendatangkan contoh – contoh yang mudah untuk membantu pelajar – pelajar memahami konsep tersebut.
Contoh : Guru menyebut sifat wajib yang pertama – Wujud.
Guru menerangkan maksudnya – Ada.
Guru mendatangkan bukti Allah Ada dengan kewujdan alam ini ,makhluk dan lain – lain lagi.(Datangkan bukti –bukti dan contoh – contoh yang mudah).
Kemudian guru menyoal pelajar – pelajar sebagai
Pengukuhan.Begitulah cara melaksanakan sifat – sifat
Seterusnya.

-Guru melaksanakan aktiviti ini dari semasa ke semasa sehingga pelajar – pelajar ingat dan faham konsep tauhid tersebut.
-Guru sentiasa menyoal pelajar – pelajar dari semasa ke semasa dan minta mereka beri penjelasan untuk mengukuhkan ingatan dan meningkatkan kefahaman.
-Guru menanam nilai – nilai murni dari sifat – sifat tersebut untuk amalan pelajar – pelajar seharian.Contoh Allah Bersifat dengan “Melihat” jelaskan kepada pelajar – pelajar tindakan dan perbuatan kamu sentiasa dilihat oleh Allah maka buatlah perbuatan yang baik dan tinggalkan perbuatan yang tidak baik.

Sasaran Program

Semua pelajar sekolah kebangsaan yang beragama Islam.Sasaran tajuk mengikut tahap.Contoh tahap satu ( tahun 1,2 dan 3) tumpuan kepada Rukun Iman Rukun Islam dan Malaikat serta tugasnya.Manakala tahap dua ( tahun 4,5, dan 6) tumpuan kepada Sifat - sifat wajib ,mustahil dan harus bagi Allah dan Para Rasul .
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Pesanan Tok wan...Selamat Menjamu Selera................

Wahai cucu ku keja - keja juga makan jangan lupa......................sedapkan kan kan.......Tapi jangan makan sampai tak keja pulak kan kan.........
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T.....................






Hebatkan kuasa Allah s.w.t......................... terasa diri ini kerdil dengan ciptaan Yang Maha Esa.Renungkan dan fikir - fikirkan sementara nyawa dikandung badan.................
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

01 February 2010

USTAZ SOMAD DITANGKAP.............................

Pada hari ini 2.2.2010 Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF telah ditangkap gambarnya sebelum Majlis Perpisahan Encik Ibni diadakan.Beliau sentiasa komitmen dalam menjalankan tugas.Semoga guru - guru mencontohi beliau.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK IBNI HAJAR BIN SAAD....

Jemputlah menjamu selera jangan segan jangan malu....................................
Selamat bertugas di tempat baru................................................................

Hari ini 2.2.2010 dengan suasana sayu dan sedih kami warga SPI akan kehilangan seorang lagi rakan iaitu Encik ibni Hajar kerana telah dinaikkan pangkat sebagai CC.Dalam ucapan terakhir beliau hari ini banyak perkara yang terpendam dalam sanubari diluahkan mungkin dah lama terbuku dalam hati tapi tidak berpeluang untuk dicurahkan.Berangkap - rangkap pantun yang beliau nukilkan untuk dipersembahkan , ada yang mencuit hati,kelakar dan tidak kurang juga tersasar .Pantun yang ditujukan kepada saya amat menarik dan mencuit semua rakan - rakan tapi itu hanya gurauan dan lawak saja.Sebagai gurau senda atau lawak jenaka kami sebagai rakan dapat menerimanya.Kami berdoa agar beliau terus maju dan komitmen dalam menjalankan tugas.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

31 January 2010

SOLAT??????????????

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis KelimaGolongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Bersyukur masih dikurniakan nikmat bekerja dan berbakti...................

Ustaz Ahmadi Putra bin Zainol Abidin sedang merangka program untuk memantapkan aqidah pelajar - pelajar di sekolah ............................
Ustaz Ayob bin Saman sedang mengatur program untuk mengukuhkan jati diri murid ke arah jailil qurani yang dimpikan selama ini..................
Walaupun pelbagai desas - desus kedengaran sejak kebelakangan ini mengenai kewangan namun kita selaku penjawat awam yang beriman tetap teguh dan istiqomah dalam meneruskan tugasan.Cabaran yang kita hadapi ini adalah kecil kalau hendak dibandingkan dengan cabaran dan ujian di tempat lain.Bersyukurlah kepada Allah kita masih dikurniakan nikmat pekerjaan yang boleh menyara diri,keluarga dan kaum kerabat tercinta.Semoga kita terus mantap dan berintegriti dalam melaksanakan amanah ini.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

30 January 2010

Takwim Aktiviti Pendidikan Islam Teras (Rendah) 2010

Bulan Januari

-Mesyuarat Penyelarasan aktiviti Pendidikan Islam Teras (Rendah)dengan Pegawai(Unit
Pendidikan Islam) PPD.

-Memaklumkan aktiviti yang hendak dilaksanakan kepada pegawai di PPD
-Pegawai PPD membentangkan aktiviti daerah masing – masing
-Perjumpaan dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di setiap daerah

-Memaklumkan tindakan dan aktiviti yang perlu dilakukan di sekolah untuk memantapkan
kurikulum Pendidikan Islam
-Perjumpaan dengan Jurulatih Utama/Fasilitator
-Menyelaraskan tugasan dan memaklumkan tindakan yang perlu dilaksanakan.
-Menghantar format tersebut ke semua sekolah kebangsaan untuk tindakan persediaan.

Bulan Februari

-Bengkel Membuat Modul Smart Tajwid
-Bengkel Membuat Modul Program Celik Aqidah
-Pelaksanaan Program Celik Aqidah
-Dilaksanakan di peringkat sekolah

Bulan Mac

-Bengkel Membuat Modul Program Sirah
Gemilang
- Dilaksanakan bersama jurulatih utama
-Kursus Peningkatan Al-Quran dan Pengajaran Kolaboratif
- Fokus kepada Daerah – daerah yang belum melaksanakannya

Bulan April

-Kursus Peningkatan Jawi
-Pelaksanaan Program Smart Tajwid

Bulan Mei

-Kursus Peningkatan P&P Al-Quran

Bulan Jun

-Pelaksanaan Program Sirah Gemilang
-Bengkel Membuat Modul Program Akhlak Murni
Bulan Julai

-Pelaksanaan Karnival Jawi
Bulan Ogos
-Kursus Peningkatan Pengajaran Aqidah
-Pelaksanaan Program Akhlak Murni

Bulan September

-Pemantauan Kurikulum Bersepadu ke SJKC/SJKT

Bulan Oktober
-Pelaksanaan Kem Akil Baligh

Bulan November

- Laporan Kem Akil Baligh
- Semua PPD menyerah laporan dan dokumentasi pelaksanaan Kem Akil Baligh ke JPN

Bulan Desember

-Membuat post mortem aktiviti yang telah dilaksanakan
-Membuat laporan dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.