Para pegawai sedang memantau GPI mengajar asas ulum syariah bahagian aqidah.Pegawai - pegawai menyemak buku ringkasan mengajar,sukatan pelajaran ,huraian sukatan,rancangan tahunan dan buku kerja murid.Kami juga menyoal pelajar - pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka.
Pelajar - pelajar sedang belajar Al-Quran di dalam bilik j-QAF.Pegawai - pegawai sedang meneliti cara P&P yang dijalankan samaada menepati seperti di dalam buku panduan atau sebaliknya.
Para pegawai memberi respon kepada semua guru Pendidikan Islam mengenai dapatan dari pemantauan yang telah dijalankan.Pegawai - pegawai sedang berbincang dengan GPI langkah - langkah untuk memantapkan lagi proses P&P.Semua rekod dan data dipantau untuk memastikan perjalanan P&P mengikut sukatan yang betul.Sekolah - sekolah yang telah dipantau juga akan dipantau lagi di masa hadapan untuk memastikan sekolah tersebut terus mantap.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.
No comments:
Post a Comment