28 February 2009

BILIK j-QAF....AMBIL YANG JERNIH BUANG YANG KERUH...





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

MOTIVASI KESERONOKAN BEKERJA...



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

RENUNGKAN............






TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

23 February 2009

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN KETUA PANITIA P.ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN PENYELARAS j-QAF DI PKG KUALA PEGANG..





Pada 23.2.2009 saya dan Penolong Pengarah Bahasa Arab Us Mohd Khairul Anuar telah menghadiri satu taklimat pengurusan panitia Pendidikan Islam sekolah rendah di PKG Kuala Pegang,Baling.Syabas dan tahniah kepada Us Mohd Yusuf bin Haji Abdullah yang telah berjaya menguruskan perjumpaan itu dengan baik walaupun beliau hanya seorang sahaja yang mengendalikannya.Kami kagum dengan kesungguhan beliau dan komitmen yang diberikan.Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan ceria.Para peserta memberi tumpuan dengan sepenuh hati sehingga ke penghujung majlis.Tahniah! kepada para peserta yang hadir.Hari ini saya dan Us Burhanurdin akan menghadiri taklimat pengurusan panitia di PKG SK Sik dengan ketua - ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Sik.





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

21 February 2009

FIKIR - FIKIRKAN..........




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

17 February 2009

TAKLIMAT KETUA PANITIA P.ISLAM (SR) DAERAH KMY DAN GURU j-QAF 2005



Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang memberi taklimat mengenai pengukuhan Model Khatam Al-Quran kepada guru - guru dan ketua - ketua panitia.




Begitu semangat pegawai khas j-QAF Us Jamaludin sedang memberi ucapan.Para guru amat tertarik dan memberi perhatian penuh terhadap ucapan beliau.Banyak pesanan dan nasihat yang beliau beri demi memantap P&P Pendidikan Islam di sekolah rendah.Syabas kepada Us Jamaludin di atas kesungguhan beliau.


Tanggal 17.2.2009 satu perjumpaan diadakan di antara pegawai - pegawai dari SPI JPNdengan ketua - ketua panitia Pendidikan Islam dan guru - guru GPI program j-QAF kohot 2005 di SK Bakar Arang .Dalam sesi pertemuan ini banyak perkara yang dimaklumkan di antaranya mengenai pengurusan panitia ,tugasan guru dan lain - lain lagi.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

15 February 2009

PEMANTAUAN KE SK TAMAN SERI WANG DAERAH KMY...


Guru - guru sedang diberi taklimat mengenai tindakan selanjutnya selepas dari pemantauan yang lakukan.Guru -guru berazam akan terus memberi komitmen dan meningkatkan lagi proses P&P.

Pegawai j-QAF KMY sedang meneliti buku ringkasan mengajar guru - guru.Turut yang diperhatikan ialah sukatan pelajaran ,huraian sukatan,rancangan tahunan ,rancangan harian dan lain - lain lagi.


Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang melihat pelajar - pelajar dan buku latihan mereka.



Pegawai sedang berbincang dengan pihak pengurusan sekolah mengenai hasil pemantauan pada hari itu.










TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

12 February 2009

PEMANTAUAN KE SK PAYA BESAR DAERAH KULIM..

Pada 12.2.2009 hari Khamis sekitar jam 8:30 pagi kami sempat menjenguk ke SK Paya Besar di daerah Kulim.Ini merupakan salah satu siri pemantuan yang sedang dilakukan oleh kami.Aspek yang diberi penekanan dalam siri pemantauan ialah pengurusan panitia ,proses P&P yang dijalankan ,menyemak data dan rekod - rekod.Para pegawai akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah mengenai pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan pelaksanaan P&P GPI dan GPI program j-QAF di sekolah.
Para pegawai sedang memantau GPI mengajar asas ulum syariah bahagian aqidah.Pegawai - pegawai menyemak buku ringkasan mengajar,sukatan pelajaran ,huraian sukatan,rancangan tahunan dan buku kerja murid.Kami juga menyoal pelajar - pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman mereka.

Pelajar - pelajar sedang belajar Al-Quran di dalam bilik j-QAF.Pegawai - pegawai sedang meneliti cara P&P yang dijalankan samaada menepati seperti di dalam buku panduan atau sebaliknya.


Para pegawai memberi respon kepada semua guru Pendidikan Islam mengenai dapatan dari pemantauan yang telah dijalankan.Pegawai - pegawai sedang berbincang dengan GPI langkah - langkah untuk memantapkan lagi proses P&P.Semua rekod dan data dipantau untuk memastikan perjalanan P&P mengikut sukatan yang betul.Sekolah - sekolah yang telah dipantau juga akan dipantau lagi di masa hadapan untuk memastikan sekolah tersebut terus mantap.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

11 February 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H PERINGKAT NEGERI KEDAH........



Sesi jamuan ................Para tetamu sedang menjamah hidangan bersama Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF sedang mengimbau kenangan manis dengan pakaian baju melayu ketika menjadi raja sehari suatu masa dahulu.

Segak dan kemas para pegawai kita di majlis tersebut................Pegawai khas j-QAf Padang Terap senyumannya menawan.............
Penolong Pengarah Bahasa Arab Us Khairul Anuar sedang berbincang bilakah beliau akan dipilih sebagai tokoh maal hijrah...............

Kaunter pendaftaran yang setia melayan dan menyambut tetamu yang hadir..................

Tarikh:12 .2.2009
Tempat:Dewan Waja, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi Kulim.
Dirasmikan oleh :Tuan Haji Shahidan bin Abd Rahman PPN.BCK.
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.
Pada tanggal ini Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H peringkat negeri Kedah telah diadakan dengan penuh bersejarah.Tahniah kepada jawatankuasa yang telah menjayakan majlis tersebut.Semoga syiar Islam akan terus berkembang di negeri kita yang tercinta ini.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

10 February 2009

PERJUMPAAN GURU - GURU PENDIDIKAN ISLAM DENGAN WARGA SPI JPN KEDAH...






Pada 10.2.2009 pukul 2.30 petang satu perjumpaan guru - guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah daerah Langkawi dengan Ketua Sektor Puan Hajjah Zainab binti Md Saman dan pegawai pegawai Sektor Pendidikan Islam ,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.Di dalam perjumpaan ini banyak persoalan yang terbuku dalam hati para guru kita di sana telah diluahkan dengan begitu matang .Para pegawai tampil menjelaskan persoalan tersebut dengan baik.Semua guru berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh para pegawai.Kutipan derma ikhlas untuk membantu saudara kita di Palestin juga dianjurkan pada hari itu.Tahniah kepada pegawai - pegawai di daerah Langkawi kerana berjaya menganjurkan perjumpaan tersebut.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.