04 July 2009

KARNIVAL JAWI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI KEDAH.....

Pada 4 Julai 2009 tepat jam 10.00 pagi satu program yang amat gemilang dan menghiburkan telah diadakan di Aneka Super market Gurun.Program tersebut ialah Karnival Jawi Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Kedah.Ramai pelajar mengambil bahagian diantaranya bahagian menulis menengah dan rendah .Acara yang paling meriah ialah pertandingan mengeja secara sepontan di pentas.Memang hebat host kita yang mengendalikan pertandingan mengeja iaitu Ustaz Mohd Isa ,beliau begitu berbakat dan kreatif dalam mengendalikan acara tersebut.Dua jam berlalu bagai tidak terasa dengan selingan celotehan beliau....... Wah!!! ni sapa pulak ni,bersantai sungguh dua orang ni...macam kenai ajeee.....oooo depa pi dengaq ceramah kut nooooo.........................
Astaghfirullah.....awat ni ...ada yang dok bersila, ada yang dok menulis ada yang dok menghafal....oooo nak ambik periksa kut no.....emmm wan teringat semasa dekat universiti dulu macam tu lah gelagat ketika nak periksa......
Ish!ish! ish! ni awat pulak dok mai study tang ni ....tapi macam tu la kalau nk jadi guru cemerlang tak kira di mana berada tak lekang dengan pen dan kertas.....Tahniah.......Atas kereta surung pun dan lagi menelaah pelajaran.............inilah bapa mithali sambil mengasuh dan lagi mengulang kaji pelajaran........................


Gelagat Ustaz Mohd Isa mencuit perasaan para penonton..............Hebat sungguh...Ketua Sektor Pendidikan Islam Puan Hajjah Zainab sedang menyampaikan perasmian penutup dengan penuh semangat dan ceria.Beliau banyak memuji pelajar - pelajar kerana berbakat besar dalam penguasaan jawi.

Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Guru Tuan Haji Ismail bin Yahya turut menyerikan program ini.....................

Wah hebat!para peserta sedang bersiap sedia untuk memulakan pertandingan .Mereka dah tak sabar - sabar nak mulakan pertandingan....."Kegarisan...sedia ...mula..." Opps!! silap bukan lumba larilaaaaa.......Uhuk!Uhuk!Uhuk! maklumlah tua - tua ni nyanyok la sikitkan kan kan kan...



La awat cek dok menengung lagi ni!..... Orang dah mula dah cek oi...ooooo baca jampi serapah dulu ghupanya.....



Ish!!! ni awat yang dok sila atas lantai ni pertandingan silat duduk ka?eemm macam - macam gelagat budak - budak la ni.....



ha!! ni mesti urusetia programkan....ghajin sungguh depa ni.Baguih la pakat tolong menolong baru la berjaya dalam apa aktiviti pun kan kan kan....



Wah ni sapa pulak ni............aaaa kalau tak silap ni la pegawai j-QAF daerah KMY.Beliau memang ghajin dan sentiasa awal,tahniah la.Zaman tokwan pegang j-QAF dulu pegawai ni diantara yang terawal hantar maklumat yang diperlukan.Baguih macam tu la kalau nak jadi pegawai wahai cucu - cucu ku..............


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

01 July 2009

MESYUARAT PENYELARASAN FASILITATOR KURSUS PENINGKATAN AL-QURAN...






Pada 1 julai 2009 mesyuarat penyelarasan tugasan fasilitator Kursus Peningkatan P&P Al-Quran diadakan di bilik mesyuarat "Dahlia".Alhamdulillah para fasilitator menyumbang banyak idea bernas dan bersungguh - sungguh dalam memberi pandangan.Mesyuarat ini amat menarik kerana berlaku gabungan diantara GPI yang berpengalaman dan GPI j-QAF yang berilmu.Kemesraan yang dipamerkan dan kerja sama yang dihulurkan amat membanggakan.Itulah jalinan kemesraan yang kita inginkan .

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

28 June 2009

SELAMAT DATANG PENILAI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA.....

Ustaz Suhaimi Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Kedah sedang memberi ucapan penerangan mengenai kejayaan yang pernah diraih oleh SMKA Kedah.Pegawai Penilai sedang meniliti dan khusyuk mendengar taklimat sulong itu.
Ustaz Anuar sedang memberi penjelasan mengenai sudut galeri SMKA Kedah dan diiringi oleh beberapa orang guru kanan.

Para tetamu sedang diberi layanan mesra oleh pihak sekolah .Pelbagai cerita dan pengalaman lama menghiasi pertemuan.

Tepat jam 8.45 pagi 29.6.2009 hari isnin kami membawa rombongan yang diketuai oleh ustaz Zaki bin Abd Hamid ke SMKA Kedah untuk membuat penilaian anugerah kualiti yang sedang berjalan di seluruh negara.Esok para penilai akan bertolak ke SMKA Yan untuk menjalani aktiviti yang sama.Semoga para tetamu yang datang dari jauh terhibur dan selesa sepanjang berada di negeri kita.Selamat menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi dan telus.....


Ustaz Zaki bin Abd Hamid ketua Penilai Anugerah Kualiti sedang menjamu selera dengan ahli rombongan .Mereka selamat tiba di lapangan terbang Sultan Abd Halim pada jam 8.55 malam.Saya dan Ustaz Imran diamanahkan untuk menjemput para tetamu dan melayan mereka sepanjang dua hari bermula dari 29.6 hingga 30.6.2009.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Kongsi maklumat...Kelebihan sujud......

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Wahai cucu ku ambillah......Uhuk! Uhuk!Uhuk!...


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan......................

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi............

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.....................

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..................

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.................

Ambillah waktu untuk membaca Al-quran, itu adalah alunan yang menggetarkan hati.............

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidupmu terasa bererti.............

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan....................


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

23 June 2009

KURSUS PENINGKATAN AL-QURAN GPI SEKOLAH RENDAH.....

Pada 22.6.2009 bertempat di PKG Padang Serai Kulim Kursus Peningkatan Al-Quran telah diadakan.Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru - guru Pendidikan Islam sekolah Rendah mengenai pengajaran kaedah iqra` yang betul dan tepat.Diantara pendedahan yang diberikan lagi cara melaksanakan BIG yang betul dan pengajaran Al-Quran di dalam kelas.Pengajaran Kolaboratif dan pembelajaran Koperatif juga diberi fokus utama dalam kursus ini.Para peserta juga dihidangkan dengan tayangan CD contoh pengajaran secara kolaboratif di dalam kelas.Tahniah dan syabas dihadiahkan kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Ustaz Abd Aziz bin Abdullah,Ustaz Abd Mutalib bin Saad,Ustaz Mokhtar bin Mahmud kerana kesungguhan mereka dalam menjayakan kursus yang amat bermakna ini.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam ,JPN Kedah.
Bengkel berkumpulan guru - guru mengambil bahagian dengan aktif dan ceria.Syabas! kepada semua guru yang cuba mempertingkatkan pengalaman dan maklumat yang sedia ada.




Ketua Penolong Pengarah Tuan Haji Faizial bin Ahmad mengikuti kursus dari awal sehingga ke penghujung.Sekalung terima kasih dipersembahkan di atas keperihatinan beliau.Beliau juga tertarik dengan information yang diberikan oleh fasilitator.Memang hebat fasilitator kita kerana sepanjang kursus banyak respon diutarakan oleh para peserta.Ramai para peserta mengambil no hanphone mereka untuk dijemput ke sekolah mereka.Tutur bicara yang merendah diri,susunan bahasa yang sedap didengari menambat hati peserta kursus ini .
Alhamdulillah...............

Wajah ceria para peserta ketika berkursus dan serius mendengar mutiara - mutiara yang diluahkan oleh para fasilitator untuk berkongsi maklumat bak kata pepatah"yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing".......Bukan niat untuk mengajar tapi sebagai berkongsi maklumat...
Tuan Penolong Pengarah sedang memberi ucapan perasmian.Banyak amanat dan harapan yang disampaikan oleh beliau kepada para peserta kursus.Inilah ucapan sulong beliau dan kursus pertama yang dihadiri oleh beliau.Beliau berhasrat untuk mengelilingi semua daerah dan berkenalan lebih dekat lagi dengan guru - guru.


Penyelia Kanan Pendidikan Islam daerah KBB Ustaz Abd Aziz bin Abdullah juga hadir demi menjayakan kursus ini.Beliau memberikan kerjasama yang sangat baik dan memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar.Sekalung Tahniah dan syabas kepada beliau.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

20 May 2009

PENGUMUMAN.........................

MESYUARAT PELAKSANAAN KURSUS P&P AL-QURAN KEPADA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH



Tarikh : 26.5.2009
Masa : 2:30
Tempat : Bilik Mesyuarat “Mawar”
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Jalan Stadium,Alor Star Kedah.
Bahan : Sila bawa bersama lap top dan bahan
berkaitan P&P Al-Quran.
Nama Ahli Mesyuarat Kursus P&P Al-Quran Sekolah Rendah

1
En Abdul Malik bin Isa
SK Kelibang,Langkawi
2
En Akmal bin Ahmad
SK Seri Muda,K.Pasu
3
En Amir bin Mohd Nason
SK Tunku Ismail,KMY
4
En Sharunniza bin Md Tajuddin
SK Seri Perdana,K.S
5
En Mohd Hafiz bin Abdul Hamid
SK Taman Uda,K.S
6
En Mohd Nazri bin Hashim
SK Siputeh K.Pasu
7
En Ashraf bin Abd Ghani
SK Bukit Choras KMY
8
Pn Naskah binti Abu Bakar
SK Tawar, B/S
9
Pn Awatif binti Yahaya
SK Hj Mohd Shariff K.S
10
Siti Munirah binti Mansor
SK Sri Limau KBB
Sekian terima kasih.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

19 May 2009

Askm....................cucu semua.....

Apa habaq? semoga cucu wan semua semoga siht sejahtera.Wan sentiasa doakan agar kita semua dalam keadaan sejahtera selalu.Baru ni wan celoteh sikit mengenai hasil pemantauan tu kan,bukan apa untuk kita kongsi maklumat dan kita pakat - pakat buat penambahbaikan demi anak - anak didik kita.Cuba kita renung seketika,tuan - tuan guru dan ulama zaman silam menyebarkan risalah Islam bukannya ada gaji pun kan kan kan ..Tapi Subhanallah mereka pula mempertaruhkan harta,masa ,nyawa mereka untuk menyebarkan agama yang suci ini.Tu kita tak singkap lipatan sirah Rasulullah dan para sahabat lagi no.Bila terkenang catatan sejarah perjuangan mereka terasa diri kita kerdil dan jauh dengan mereka kan kan kan.Emm susah -susah perjuangan kita kat sekolah pun still boleh naik kenderaan besar,makan maintain sedap,tidoq tok sah kira lah separuh umoq kalau kira habih dengan tidoq jerr he he he !maaf tok wan gurau aja no,jangan dok berasa pulak kan kan kan tapi nak terasa pun sekali sekala apa salahnya no .Bye bye askmmm.....
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

17 May 2009

EMMMM....wan nak celoteh sikit,jangan ambik hati no.

Dapatan Pemantauan
Masalah
Kesan
-Kelewatan guru memasuki ke kelas .Diantara alasan yang sering diberikan murid mengambil wudhuk dll.
-P&P mula lewat dan guru mengajar dalam keadaan tergesa.Masa untuk mengajar tidak mencukupi.
-P&P dimulakan tanpa set induksi
-P&P dimulakan tanpa murid – murid bersedia belajar.
-Kurang membuat persediaan untuk mengajar
-P&P berjalan tidak teratur
-Tidak bersepakat dengan guru gandingan cth: dalam satu masa tetapi dalam buku ringkasan catatan mingguan berbeza,tajuk berbeza,ayat Al-Quran berbeza dll
-P&P berjalan tidak mengikut apa yang terdapat dalam rancangan tahunan yang dibekalkan oleh kementeian.
-Kurang aktiviti dalam P&P
-P&P kurang menarik dan berkesan
-Kurang guna ABM dan BBM samada yang dibekalkan oleh kemeterian atau yang dibuat sendiri
-P&P berjalan dengan menggunakan ABM sedia ada seperti kapur dan papan hitam sahaja. P&P kurang menarik dan berkesan
-Tidak menggunakan kemudahan ICT atau elektronik.Cth Al- Quran flash ,tayangan video ,cd dll
-P&P kurang menarik dan berkesan.Tidak dapat membantu kefahaman pelajar.
-Mengajar tanpa mengikut panduan mengajar yang betul.Cth pelaksanaan BIG,model khatam al-Quran dan tasmek.
-Objektif P&P tidak tercapai.Pengajaran tidak berkesan .
-Mengajar tiga bahagian dalam satu masa.Cth:Bahagian aqidah,ibadat dan adab.
-P&P berjalan dalam keadaan kelam kabut dan pelajar – pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran guru tersebut.
-Tidak merekod bacaan murid
-Guru tidak mengetahui tahap bacaan murid dan sukar untuk mebuat tindakan selanjutnya
-Catatan refleksi jarang ditulis.Terdapat guru yang menangguh untuk menulis refleksi sehingga dua minggu berikutnya.
-Kebanyakan guru menulis refleksi dengan menggunakan ayat yang sama .Refleksi yang ditulis bukan perkara sebenar.
-Catatan refleksi ditulis sebelum mengajar
-Maklumat yang dicatat tidak benar dan sukar bagi guru tersebut untuk membuat peneguhan atau penambahbaikan.
-Kurang faham kaedah pengajaran kolaboratif .Cth seorang mengajar dan seorang guru lagi tidak berperanan.
-Guru – guru kurang memberi kerjasama ketika mengajar dan melakukan tindakan yang sepatutnya.Cth mengeluarkan ABM,BBM ,handout ,tayangan CD atau penggunaan ICT ,membentuk aktiviti dll.
-Tidak mengamalkan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
-P&P masih b P&Perjalan dengan cara lama.Murid – murid kurang dilibatkan dalam aktiviti semasa P&P.
-Kurang memberi latihan kepada pelajar - pelajar
-Pelajar – pelajar kurang diberi latihan untuk mengukur dan mengukuhkan kebolehan mereka.
-Buku latihan dan buku kerja tidak diperiksa
-Guru tidak dapat menilai tahap kebolehan pelajar dan melakukan penambahbaikan kepada mereka.
-Pelajar – pelajar tidak dapat bimbingan yang betul dan sewajarnya
-Memberi tumpuan hanya kepada pelajar di hadapan dan pandai sahaja
-Kebanyakan pelajar di belakang terabai dan mereka melakukan aktiviti sendiri seperti tidur ,bermain,berbual dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar tersebut terasa tersisih dan kurang diberi perhatian.
-Bahagi masa mengajar diantara GPI dan GPI j-QAF(Bergilir)
-Terdapat guru yang tidak masuk bersama dalam kelas ketika P&P yang perlu guru gandingan bersama.
-Objektif pengajaran secara kolaboratif tidak tercapai.
-Guru tidak mahu melibatkan diri dalam tasmek
-Kelas tasmek berjalan dengan suasana tidak terurus.
-Guru yang mengajar dalam kelas tasmek terpaksa menghadapi jumlah murid yang ramai.
-Tidak menerap adab yang betul ketika mengajar Al-Quran .Cth tidak berwudhuk ,pelajar perempuan tidak menutup aurat ,cara pelajar – pelajar membawa al-Quran dll
-Pelajar – pelajar mendapat didikan yang tidak betul dan dibimbangi akan menjadi amalan buruk mereka ketika membaca Al- Quran.
-Guru tidak menggunakan bantuan murid turus
-Tujuan murid turus digunakan untuk membantu guru .Jika murid turus digunakan dapat menjimatkan masa dan dapat mengawal kawalan kelas.
-Seorang guru menjalani tasmek jumlah pelajar yang ramai sekitar 42 0rang tanpa membahagikan kumpulan.
-Tasmek berjalan dengan tidak terurus dan ramai pelajar yang tidak sempat memperdengarkan bacaan mereka kepada guru.
-Guru lambat menghantar maklumat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.Cth markah peperiksaan,headcount,analisis,laporan dan lain –lain lagi.

-Menyukarkan urusan pihak pengurusan sekolah dan mencemar nama baik GPI.
-Di dalam kelas kurang ayat- ayat al-Quran , tulisan jawi ,maklumat mengenai Pendidikan Islam dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar kurang pendedahan maklumat dan info yang berkaitan dengan agama dan aktiviti bercorak agama.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

RUMAH KU SYURGA KU.............Coretan tok wan....


Inilah teratak impian wan.Buat cucu wan semua bila siap esok pakat - pakat mai la jalan ghumah wan ni.Walau pun tak besaq tapi celuih kalau cucu - cucu wan mai.Tapi jangan mai lani,tak siap lagi,tapi kalau nak tolong mat - mat bangla tu bagi siap cepat boleh jugak kan kan kan.....Tolong menolong apa salahnya.kan kan kan.Pakat - pakat doalah semoga wan dapat duduk dengan aman damai.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.