04 August 2008

APA ITU PENDIDIKAN.........

Tarbiah..

Suatu proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir,iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah s.w.t.

Ta'lim..

Proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merialisasikan fungsi ,tugas dan status nya sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Ta'dib..

Proses mendidik manusia agar mampu mengembangkan segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagai mana yang dikehendaki oleh Islam.Ia bersesuian dengan sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud " Tuhanku telah mendidik aku dalam bidang adab dan menjadikan pendidikan ku yang terbaik"

Irsyad..

Ialah petunjuk yang benar ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan di dunia seperti yang digariskan oleh Al - Quran dan Sunnah.

Tadris..

Pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang sesuatu mata pelajaran.



Selamat berkongsi maklumat........T.kasih.........

No comments: