21 March 2010

Indahnya ciptaan Ilahi................Batu kristal asli.....


Ini batu kristal berbentuk seekor kucing dan gunung....warna yang bentuk kucing ni ialah keperangan dan penuh dengan duri tajam - tajam.Cantik jangan tanya lah,tapi bentukknya tu adalah bentuk asal tau,tak main ukir - ukir ya.Yang sebelahnya tu pulak bentuk bukit warnanya putih campur perang...Yang ni penuh permata kecil - kecil...Tu yang putih tu permatanya.Tengok dalam ni memang kurang bersinar tapi kalau tengok dekat - dekat mata boleh juling tau berkilat sangat.

Ini batu kristal gunung ,warnanya macam - macam warna ...permatanya memang bersinar...yang besar tu warnanya jika dilihat dari jarak dekat hampir warna pink dan kekuningan. Yang sebelahnya pun banyak warna juga..Cantik?????????????????


Ini batu kristal bentuk kapas dan bersinar.Warnanya keputihan dan penuh batu permata..Sinarannya memang bersinar.Cantik memang cantik ....harganya jangan tanya la kan kan....Boleh tengok,sila tengok sila.... sila... sila....jangan ambil sudah lah kan kan..



Ini batu kristal kuda tiga beradik...bentuknya bukan diukir atau dipahat,tapi memang bentuk asal diambil dari gunung begitu.Warnanya pelik sikit ,yang di belakang tu warnanya putih campur hitam,manakala yang depan sikit tu warnanya keperangan dan bersinar .


Ini batu kristal yang ada banyak warna jika di lihat dari pandangan dekat...warnanya kebiruan ,kelabu,coklat dan kehitaman.Sinaran permatanya tak payah cakaplah ...memang cantik dan bersinar... ketinggiannya pun boleh tahan hampir sama tinggi dengan budak kecil berumur tiga tahun.Harganya pun ehem ehem pi tanya sendiri la kat kedai.....


Cantikkkk.....mestilah cantikkan...ni batu kristal yang berwarna perang kemerahan...tingginya hampir sama tinggi dengan budak kecil berumur 3 tahun juga....harganya di pasaran ...tok sah cakaplah... Kalau nak satu boleh,tak dak masalah,pilih sajalah yang mana berkenan di hati tapi pi beli sendiri la kan kan kan.....

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

10 March 2010

Kenangan Maulidur Rasul s.a.w. .................




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

Tahniah..Daerah Kota Setar berjaya mengadakan Kursus Kurikulum Standard Pendidikan Islam Prasekolah....

Penyelia Pendidikan Islam Daerah Kota Setar Ustaz Ibrahim bin Abdul Talib bersama dengan pegawai khas prasekolah dalam sesi taklimat kepada peserta kursus.Syabas ! Ustaz Ibrahim kerana berjaya menganjurkan kursus tersebut...
Ustazah Syukriah dari Sk Sungai Limau dan ustazah Jamilah dari SK Alor Mengkudu merupakan pembentang slot dalam kursus ini.Tahniah penerangan menarik dan jelas serta dapat membantu memahamkan GPI yang terlibat dalam pengajaran di Prasekolah.Saya amat berharap kepada GPI yang terlibat dalam pengajaran Prasekolah mencontohi semangat mereka berdua.Semoga anak - anak kita di prasekolah dapat pendidikan yang sempurna mengenai fardhu ain.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (RENDAH) DAERAH KUBANG PASU 2010



Tanggal 10.3.2010 hari rabu saya dijemput menghadiri mesyuarat pelantikan jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam (rendah) dearah Kubang Pasu untuk memberi taklimat penyelarasan Aktiviti Pendidikan Islam Sekolah kebangsaan untuk tahun 2010.Tahniah dan syabas kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Puan Hajjah Fatimah binti Ahmad dan Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Md Isa bin Md Ali yang telah berjaya mengadakan mesyuarat tersebut .Jawatankuasa tersebut terdiri dari Tn Hj Ismail b. Hj Serat,Pn Noraziyan bt Omar,En Mohammad Shukri b. Othman,Pn Shahida b. Haroon,Pn Hasanah bt Din,Pn Shahirah bt Harun,Pn Mahani bt Bulat,En Adnan b. Awang,En Hashim b. Ismail,En Mawardi b. Ahmad,En Nik Muhammad Jasrizal b. Nik Abdullah.Mereka ini merupakan orang kuat daerah Kubang Pasu yang menggerakkan pelaksanaan aktiviti Pendidikan Islam Rendah .Saya doakan semoga kerja buat dan pengorbanan mereka diberkati oleh Allah s.w.t. Terima kasih kepada Puan Hajjah Fatimah dan Ustaz Md Isa kerana bersungguh - sungguh ingin melihat Pendidikan Islam di daerah mereka terus maju dan kehadapan.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

03 March 2010

TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BALING / SIK....


Perjumpaan dengan Ketua - ketua Panitia Pendidikan Islam daerah Baling/Sik telah diadakan.Banyak perkara dan aktiviti telah dimaklumkan untuk dilaksanakan pada tahun ini demi memantapkan Pendidikan Islam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Baling / Sik Ustaz Yusof yang telah berjaya mengatur pertemuan itu.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.