06 January 2009

JAWATAN BARU SAYA..................

Askm ...........kepada semua guru dan rakan- rakan yang dikasihi,tanggal 16 Disember 2008 saya dan rakan - rakan yang lain menerima memo jawatan baru dari Tuan Pengarah Pelajaran JPN Kedah.Jawatan saya kini seperti keterangan berikut.
Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Rendah)
Aktiviti :
-Kursus Pengukuhan P&P Pendidikan Islam
-Pemantauan Kurikulum Sepanjang Tahun
-Kem Aqil Baligh
-Kem Bestari Solat
-Kem Literasi Al-
Quran
-Bengkel Pembinaan Bahan P&P
-Kem Bina Juara (Al-Quran dan
Jawi
-Karnival Jawi
-Kem Pintas Iqra’
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik sepanjang saya mengendali tugasan sebagai pegawai khas j-QAF.Tidak ketinggalan kepada semua guru yang memahami tugasan saya dan tidak memaksa untuk melakukan perkara di luar kemampuan saya.Namun saya masih bersama dengan j-QAF dari sudut kurikulum manakala sudut operasi t akan dilaksanakan oleh pegawai baru yang banyak pengalaman dan sangat perihatin terhadap kebaikan guru - guru j-QAF.Beliau kini tidak sabar untuk meneruskan usaha murni demi memastikan keperluan guru - guru j-QAF terjamin.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: