17 May 2009

EMMMM....wan nak celoteh sikit,jangan ambik hati no.

Dapatan Pemantauan
Masalah
Kesan
-Kelewatan guru memasuki ke kelas .Diantara alasan yang sering diberikan murid mengambil wudhuk dll.
-P&P mula lewat dan guru mengajar dalam keadaan tergesa.Masa untuk mengajar tidak mencukupi.
-P&P dimulakan tanpa set induksi
-P&P dimulakan tanpa murid – murid bersedia belajar.
-Kurang membuat persediaan untuk mengajar
-P&P berjalan tidak teratur
-Tidak bersepakat dengan guru gandingan cth: dalam satu masa tetapi dalam buku ringkasan catatan mingguan berbeza,tajuk berbeza,ayat Al-Quran berbeza dll
-P&P berjalan tidak mengikut apa yang terdapat dalam rancangan tahunan yang dibekalkan oleh kementeian.
-Kurang aktiviti dalam P&P
-P&P kurang menarik dan berkesan
-Kurang guna ABM dan BBM samada yang dibekalkan oleh kemeterian atau yang dibuat sendiri
-P&P berjalan dengan menggunakan ABM sedia ada seperti kapur dan papan hitam sahaja. P&P kurang menarik dan berkesan
-Tidak menggunakan kemudahan ICT atau elektronik.Cth Al- Quran flash ,tayangan video ,cd dll
-P&P kurang menarik dan berkesan.Tidak dapat membantu kefahaman pelajar.
-Mengajar tanpa mengikut panduan mengajar yang betul.Cth pelaksanaan BIG,model khatam al-Quran dan tasmek.
-Objektif P&P tidak tercapai.Pengajaran tidak berkesan .
-Mengajar tiga bahagian dalam satu masa.Cth:Bahagian aqidah,ibadat dan adab.
-P&P berjalan dalam keadaan kelam kabut dan pelajar – pelajar tidak dapat mengikuti pengajaran guru tersebut.
-Tidak merekod bacaan murid
-Guru tidak mengetahui tahap bacaan murid dan sukar untuk mebuat tindakan selanjutnya
-Catatan refleksi jarang ditulis.Terdapat guru yang menangguh untuk menulis refleksi sehingga dua minggu berikutnya.
-Kebanyakan guru menulis refleksi dengan menggunakan ayat yang sama .Refleksi yang ditulis bukan perkara sebenar.
-Catatan refleksi ditulis sebelum mengajar
-Maklumat yang dicatat tidak benar dan sukar bagi guru tersebut untuk membuat peneguhan atau penambahbaikan.
-Kurang faham kaedah pengajaran kolaboratif .Cth seorang mengajar dan seorang guru lagi tidak berperanan.
-Guru – guru kurang memberi kerjasama ketika mengajar dan melakukan tindakan yang sepatutnya.Cth mengeluarkan ABM,BBM ,handout ,tayangan CD atau penggunaan ICT ,membentuk aktiviti dll.
-Tidak mengamalkan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar
-P&P masih b P&Perjalan dengan cara lama.Murid – murid kurang dilibatkan dalam aktiviti semasa P&P.
-Kurang memberi latihan kepada pelajar - pelajar
-Pelajar – pelajar kurang diberi latihan untuk mengukur dan mengukuhkan kebolehan mereka.
-Buku latihan dan buku kerja tidak diperiksa
-Guru tidak dapat menilai tahap kebolehan pelajar dan melakukan penambahbaikan kepada mereka.
-Pelajar – pelajar tidak dapat bimbingan yang betul dan sewajarnya
-Memberi tumpuan hanya kepada pelajar di hadapan dan pandai sahaja
-Kebanyakan pelajar di belakang terabai dan mereka melakukan aktiviti sendiri seperti tidur ,bermain,berbual dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar tersebut terasa tersisih dan kurang diberi perhatian.
-Bahagi masa mengajar diantara GPI dan GPI j-QAF(Bergilir)
-Terdapat guru yang tidak masuk bersama dalam kelas ketika P&P yang perlu guru gandingan bersama.
-Objektif pengajaran secara kolaboratif tidak tercapai.
-Guru tidak mahu melibatkan diri dalam tasmek
-Kelas tasmek berjalan dengan suasana tidak terurus.
-Guru yang mengajar dalam kelas tasmek terpaksa menghadapi jumlah murid yang ramai.
-Tidak menerap adab yang betul ketika mengajar Al-Quran .Cth tidak berwudhuk ,pelajar perempuan tidak menutup aurat ,cara pelajar – pelajar membawa al-Quran dll
-Pelajar – pelajar mendapat didikan yang tidak betul dan dibimbangi akan menjadi amalan buruk mereka ketika membaca Al- Quran.
-Guru tidak menggunakan bantuan murid turus
-Tujuan murid turus digunakan untuk membantu guru .Jika murid turus digunakan dapat menjimatkan masa dan dapat mengawal kawalan kelas.
-Seorang guru menjalani tasmek jumlah pelajar yang ramai sekitar 42 0rang tanpa membahagikan kumpulan.
-Tasmek berjalan dengan tidak terurus dan ramai pelajar yang tidak sempat memperdengarkan bacaan mereka kepada guru.
-Guru lambat menghantar maklumat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.Cth markah peperiksaan,headcount,analisis,laporan dan lain –lain lagi.

-Menyukarkan urusan pihak pengurusan sekolah dan mencemar nama baik GPI.
-Di dalam kelas kurang ayat- ayat al-Quran , tulisan jawi ,maklumat mengenai Pendidikan Islam dan lain – lain lagi.
-Pelajar – pelajar kurang pendedahan maklumat dan info yang berkaitan dengan agama dan aktiviti bercorak agama.
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: