24 February 2010

PEMANTAUAN KE SK SERI AMPANG DAN SMK GULAU.......

Van inilah yang menyelamatkan kami kerana kenderaan jabatan mengalami kerosakan dalam perjalanan pulang dari Sk Seri Ampang,Belantik.
Bersama dengan Pengetua SMK Gulau.Beliau seorang yang berdedikasi dan peramah.

Saya dan ustaz Yusof melihat buku ringkasan guru,kami amat berpuas hati dengan buku ringkasan guru - guru tersebut.











Pemantauan ke Sk Seri Ampangan Belantik untuk berjumpa dengan guru - guru dan bertanya khabar mengenai mereka.Jauh perjalanan yang ditempuhi.Kawasan hutan ,tasik ,perkampungan dan bukit - bukit sentiasa mengiringi perjalanan kami menuju ke destinasi.Suasana segar dan menghijau menghiasi landskap bumi ke Belantik.Setelah tiba di Belantik kami dijemput oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah Baling/Sik AlFadhil Ustaz Mohd Yusof bin Haji Abdullah.Beliau sentiasa bersama - sama dengan kami sepanjang pemantauan tersebut.Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada Ustaz Mohd Yusof.Terima kasih juga kepada Guru besar Sk Seri Ampang ,Belantik yang memberi layanan baik sepanjang pemantauan tersebut.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: