10 March 2010

PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (RENDAH) DAERAH KUBANG PASU 2010



Tanggal 10.3.2010 hari rabu saya dijemput menghadiri mesyuarat pelantikan jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam (rendah) dearah Kubang Pasu untuk memberi taklimat penyelarasan Aktiviti Pendidikan Islam Sekolah kebangsaan untuk tahun 2010.Tahniah dan syabas kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Puan Hajjah Fatimah binti Ahmad dan Penyelia Pendidikan Islam Ustaz Md Isa bin Md Ali yang telah berjaya mengadakan mesyuarat tersebut .Jawatankuasa tersebut terdiri dari Tn Hj Ismail b. Hj Serat,Pn Noraziyan bt Omar,En Mohammad Shukri b. Othman,Pn Shahida b. Haroon,Pn Hasanah bt Din,Pn Shahirah bt Harun,Pn Mahani bt Bulat,En Adnan b. Awang,En Hashim b. Ismail,En Mawardi b. Ahmad,En Nik Muhammad Jasrizal b. Nik Abdullah.Mereka ini merupakan orang kuat daerah Kubang Pasu yang menggerakkan pelaksanaan aktiviti Pendidikan Islam Rendah .Saya doakan semoga kerja buat dan pengorbanan mereka diberkati oleh Allah s.w.t. Terima kasih kepada Puan Hajjah Fatimah dan Ustaz Md Isa kerana bersungguh - sungguh ingin melihat Pendidikan Islam di daerah mereka terus maju dan kehadapan.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: