31 March 2009

AL-FATIHAH.......................








Tepat pukul 6.00 pagi pada 31.3.2009 saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon, dalam benak fikiran saya meneka kemungkinan guru - guru ingin berurusan tentang pertukaran dan sebagainya.Tiba - tiba saya dimaklumkan dengan berita yang mengejutkan iaitu berita kematian bapa saudara saya.Lalu saya bergegas ke hospital Sultanah Bahiyah untuk mengambil ibu yang telah memasuki hospital sejak empat hari yang lalu.Alhamdulillah setelah berunding dengan doktor ,kemudian doktor membenarkan ibu saya untuk menziarahi jenazah adiknya itu. Lalu saya dan keluarga terus memecut kenderaan menuju ke Baling suatu desa yang amat permai dan damai.Setelah hampir dua jam perjalanan kami pun sampai ke rumah jenazah.Saya dapati sanak saudara telah pun ramai yang tiba,cuma ada segelintir sahaja yang belum sampai.Kami pun tanpa berlengah lagi terus menghulurkan bantuan yang diperlukan untuk mengurus jenazah tersebut.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah yang Maha Penyayang dan ditempatkan bersama para solihin aminnn......


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: