04 March 2009

JADILAH PENDIDIK................



Ciri – Ciri Guru Berkualiti
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.

• Komitmen yang menyeluruh.

• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara

Aspek Yang Harus DiTitik Beratkan Oleh Guru Yang Ingin Berjaya
• Dalam aspek perancangan , boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai tahap atau kebolehan

•Dari sudut pengurusan masa ,menepati masa dan sentiasa terkehadapan dalam pelbagai situasi
. Dari sudut rekod dan pendokumentasian , berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran , berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam aspek tindakan , guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

•Dalam aspek peransang, kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas atau sudut – sudut yang sesuai.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: