23 June 2009

KURSUS PENINGKATAN AL-QURAN GPI SEKOLAH RENDAH.....

Pada 22.6.2009 bertempat di PKG Padang Serai Kulim Kursus Peningkatan Al-Quran telah diadakan.Objektif kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru - guru Pendidikan Islam sekolah Rendah mengenai pengajaran kaedah iqra` yang betul dan tepat.Diantara pendedahan yang diberikan lagi cara melaksanakan BIG yang betul dan pengajaran Al-Quran di dalam kelas.Pengajaran Kolaboratif dan pembelajaran Koperatif juga diberi fokus utama dalam kursus ini.Para peserta juga dihidangkan dengan tayangan CD contoh pengajaran secara kolaboratif di dalam kelas.Tahniah dan syabas dihadiahkan kepada Penyelia Kanan Pendidikan Islam Ustaz Abd Aziz bin Abdullah,Ustaz Abd Mutalib bin Saad,Ustaz Mokhtar bin Mahmud kerana kesungguhan mereka dalam menjayakan kursus yang amat bermakna ini.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam ,JPN Kedah.
Bengkel berkumpulan guru - guru mengambil bahagian dengan aktif dan ceria.Syabas! kepada semua guru yang cuba mempertingkatkan pengalaman dan maklumat yang sedia ada.




Ketua Penolong Pengarah Tuan Haji Faizial bin Ahmad mengikuti kursus dari awal sehingga ke penghujung.Sekalung terima kasih dipersembahkan di atas keperihatinan beliau.Beliau juga tertarik dengan information yang diberikan oleh fasilitator.Memang hebat fasilitator kita kerana sepanjang kursus banyak respon diutarakan oleh para peserta.Ramai para peserta mengambil no hanphone mereka untuk dijemput ke sekolah mereka.Tutur bicara yang merendah diri,susunan bahasa yang sedap didengari menambat hati peserta kursus ini .
Alhamdulillah...............

Wajah ceria para peserta ketika berkursus dan serius mendengar mutiara - mutiara yang diluahkan oleh para fasilitator untuk berkongsi maklumat bak kata pepatah"yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing".......Bukan niat untuk mengajar tapi sebagai berkongsi maklumat...
Tuan Penolong Pengarah sedang memberi ucapan perasmian.Banyak amanat dan harapan yang disampaikan oleh beliau kepada para peserta kursus.Inilah ucapan sulong beliau dan kursus pertama yang dihadiri oleh beliau.Beliau berhasrat untuk mengelilingi semua daerah dan berkenalan lebih dekat lagi dengan guru - guru.


Penyelia Kanan Pendidikan Islam daerah KBB Ustaz Abd Aziz bin Abdullah juga hadir demi menjayakan kursus ini.Beliau memberikan kerjasama yang sangat baik dan memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar.Sekalung Tahniah dan syabas kepada beliau.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: