28 June 2009

SELAMAT DATANG PENILAI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA.....

Ustaz Suhaimi Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Kedah sedang memberi ucapan penerangan mengenai kejayaan yang pernah diraih oleh SMKA Kedah.Pegawai Penilai sedang meniliti dan khusyuk mendengar taklimat sulong itu.
Ustaz Anuar sedang memberi penjelasan mengenai sudut galeri SMKA Kedah dan diiringi oleh beberapa orang guru kanan.

Para tetamu sedang diberi layanan mesra oleh pihak sekolah .Pelbagai cerita dan pengalaman lama menghiasi pertemuan.

Tepat jam 8.45 pagi 29.6.2009 hari isnin kami membawa rombongan yang diketuai oleh ustaz Zaki bin Abd Hamid ke SMKA Kedah untuk membuat penilaian anugerah kualiti yang sedang berjalan di seluruh negara.Esok para penilai akan bertolak ke SMKA Yan untuk menjalani aktiviti yang sama.Semoga para tetamu yang datang dari jauh terhibur dan selesa sepanjang berada di negeri kita.Selamat menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi dan telus.....


Ustaz Zaki bin Abd Hamid ketua Penilai Anugerah Kualiti sedang menjamu selera dengan ahli rombongan .Mereka selamat tiba di lapangan terbang Sultan Abd Halim pada jam 8.55 malam.Saya dan Ustaz Imran diamanahkan untuk menjemput para tetamu dan melayan mereka sepanjang dua hari bermula dari 29.6 hingga 30.6.2009.


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: