27 October 2009

KELEBIHAN MEMBACA.....



Kelebihan membaca ......

Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)
Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Mas`ud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.
Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.
Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tak berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Selamat berkongsi maklumat..................





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: