27 October 2009

JADILAH PENDIDIK................

Ciri – Ciri Guru Berkualiti
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negaraAspek Yang Harus DiTitik Beratkan Oleh Guru Yang Ingin Berjaya• Dalam aspek perancangan , boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai tahap atau kebolehan
•Dari sudut pengurusan masa ,menepati masa dan sentiasa terkehadapan dalam pelbagai situasi. Dari sudut rekod dan pendokumentasian , berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
• Dalam proses pengajaran , berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Dalam aspek tindakan , guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
•Dalam aspek peransang, kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas atau sudut – sudut yang sesuai.




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG INI,SEMOGA ANDA MENDAPAT BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.

No comments: