20 July 2008

Apa itu BIG??????????????????.........

Pengenalan

Bacaan ikut guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra' dan murid yang membaca al quran di bawah sukatan sebenar.

Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut yang telah ditetapkan.

Kaedah Pelaksanaan

Tahun 1(6 bulan kedua pada waktu P&P al quran dan Tasmik)
Tahun 2-6(sepanjang tahun pada waktu P&P al quran dan tasmik)
Guru membaca ayat -ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus - putus tanpa mencacatkan makna.
Murid mengikut bacaan guru secara beramai - ramai di dalam kumpulan ,sambil memerhati pergerakan bibir guru.
membaca sehingga satu muka surat al quran
BIG dilaksanakan pada awal P&P al quran di antara 10-15 minit sahaja(Selepas itu P&P l quran diteruskan dengan membaca Iqra' bagi murid yang belum menguasai bacaan atau membaca al quran di tahap sebenar/bacaan di rumah)melatih tubi bacaan sebenar.
BIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.





Selamat berkongsi maklumat.......................

No comments: