07 July 2008

MAKLUMAT PENTING

Askm.............

Guru - guru yang dikasihi............

Mengenai pertukaran :

Pertukaran guru j-QAF menggunakan kaedah:

suka sama suka
kohort sama
opsyen sama
Sudah tamat kursus perguruan(18 bulan)
membuat permohonan kedua belah pihak
persetujuan ahli mesyuarat pertukaran

adalah ketetapan yang diguna pakai buat masa ini.Oleh itu mana - mana guru yang ingin bertukar mesti mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan itu.Pegawai di peringkat negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda syarat - syarat tersebut kerana di luar bidang kuasa pegawai tersebut.Pegawai juga tertakluk dengan kepatuhan arahan dari pihak tertentu.Sebarang maklumat yang baru mengenai pertukaran dan lain -lain akan dimaklumkan kepada guru -guru dari semasa ke semasa.Adalah menjadi slogan kami para pegawai mesra dengan pelanggan namun kami juga tertakluk dengan peraturan dan arahan tertentu.Sehubungan itu saya selaku pegawai di peringkat negeri ingin memaklumkan kepada guru - guru yang dikasihi akan cuba membantu sekadar yang termampu dan mohon maaf kiranya tidak dapat menunaikan hajat tuan - tuan dan puan - puan kerana di luar bidang kuasa saya.Saya memohon agar tuan - tuan dan puan - puan janganlah meminta sesuatu yang di luar bidang kuasa saya.Sekian terima kasih.Selamat berjuang demi anak - anak didik kita.


Salam mesra dari.........

Us Musa Jayyid bin Mohamad

No comments: